SAMPUL SYAWAL UNTUK ANAK ASNAF

RM80 / 0.80 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

8 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini adalah bertujuan mengumpul dana bagi duit raya yang akan diberikan kepada anak-anak asnaf terutama di pedalaman Sabah.


Sampul Syawal buat anak asnaf. Umat Islam di seluruh dunia terus bergembira menyambut Syawal yang dinantikan setelah berpenat lelah dan berjuang di bulan Ramadan. Namun dalam kegembiraan menyambut Syawal dengan pelbagai jamuan dan juadah yang terhidang, ternyata masih ramai yang tidak mampu untuk merasai kemewahan dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri ini.



Bersama berkongsi kebahagian syawal bersama anak-anak Asnaf melalui projek Sampul Syawal.


Seperti tahun sebelumnya, Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) bersama beberapa inisiatif dibawah naungannya telah bersepakat untuk meneruskan projek agihan duit raya kepada anak-anak asnaf pada tahun ini. Dengan adanya sumbangan yang disalurkan oleh anda semua ini sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak asnaf meraikan Syawal dengan penuh kegembiraan seperti anak-anak yang lainnya. 



Seramai 500 orang anak asnaf di bawah naungan Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU), bakal menerima manfaat dari projek Sampul Syawal pada tahun ini. Kami dengan rendah hati ingin mengajak anda dalam membantu anak-anak asnaf ini menyambut hari raya dengan lebih gembira dan bahagia.



Sasaran kami untuk projek Sampul Syawal tahun 2023 ini ialah RM10000. Sumbangan boleh dilakukan dalam bentuk 1lot bersamaan RM30 atau seikhlas hati sahaja. Sedekah di bulan istimewa Syawal, Syawal adalah momentum yang tepat untuk meneruskan legasi Ramadan iaitu dengan bersedekah. Kerana salah satu pintu yang dibukakan Allah untuk meraih rahmat besar dari bulan Syawal ialah melalui sedekah.


“Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah. Tangan di atas adalah yang memberi dan tangan di bawah adalah yang meminta.” (Riwayat Bukhari)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 19, 2023

MOHD FERDAUS BIN YAHYA

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 09, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 05, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 04, 2023

Kempen Sumbangan Tamat