BANTUAN SARA HIDUP PAKCIK JASNI

RM475 / 0.95 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

13 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bantulah keluarga pakcik Jasni meneruskan kehidupan mereka dengan lebih baik. Jom bantu kami!


Pada awal Ramadhan baru-baru ini, Team PEMAAF telah mengunjungi keluarga bekas pesalah penjara bagi tujuan lawatan dan pemulihan serta menyantuni keluarga beliau untuk tujuan memberi semangat dan keyakinan untuk berubah. Apabila kami di rumahnya di Kg Sungai Ramai Dalam, Kajang, kami begitu terharu dengan kehidupan keluarga ini. Makcik Zainun menceritakan segala kisah dan kehidupannya sekarang. Dia tidak dapat meneruskan rawatan harian yang perlu dilakukan setiap minggu kerana kekurangan pendapatan kerana masalah kesihatan yang kini di bantu oleh anak dan menantunya sahaja.



Beginilah kehidupan seharian pakcik Jasni yang menghitung hari sahaja dengan tidak mampu untuk berjalan.


PEMAAF merasakan keluarga ini perlu dibantu demi meneruskan rawatan dan menyara kehidupan seharian, bantuan dari kebajikan masyarakat tidak mencukupi untuk menampung kos harian yang semakin meningkat. Ibu Zainun meluahkan segalanya kepada kami dan memohon bantuan jika ada yang sudi membantunya. Penyakit kencing manis dan gout yang di alami oleh pasangan ini membuatkan mereka tidak mampu lagi untuk bekerja, serta menanggung kehidupan harian anak-anaknya dan mengharapkan belas insan jiran-jiran sahaja.



Rawatan yang sepatutnya di teruskan terpaksa dibiarkan kerana kos untuk berulang-alik tidak mampu dibayar serta rawatan yang memerlukan kos yang tinggi. Allah mencintai orang yang mahu meninggalkan duniawi, malaikat mencintai orang yang mahu meninggalkan dosanya, dan umat Islam mencintai orang yang tidak tamak. 




Tidak seorang pun yang menyembunyikan suatu rahsia di dalam hatinya, kecuali Allah akan menampakkan pada raut wajahnya atau melalui perkataan yang terlontar dari lidahnya. Risau terhadap dunia adalah kegelapan bagi hati, sedangkan risau terhadap akhirat adalah cahaya bagi hati. Darjat keimanan yang paling tinggi adalah bahawa kamu selalu merasa berada di hadapan Allah.




Marilah bersama-sama kita membantu mereka yang kesusahan, tidak kira sama ada bantuan secara fizikal, sumbangan kewangan atau permohonan doa kepada Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan mempermudahkan urusan hamba yang membantu orang lain yang di dalam kesusahan. Sabda Rasulullah:


وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ


“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NOOR AISHAH BINTI SHAIKH MOHAMED YAHYA

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 19, 2023

MOHD FERDAUS BIN YAHYA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 18, 2023

Kempen Sumbangan Tamat