Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM140 / 1.40 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
11 Penyumbang
100 Baki Hari
Hari Jumaat adalah penghulu segala hari, waktu terbaik untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT dan melipatgandakan amalan kebaikan. Melalui program “One Plate of Happiness”, ASAR Humanity berusaha menyebarkan kasih sayang setiap Jumaat dengan cara yang sederhana tetapi penuh makna, membeli makanan daripada gerai kecil dan peniaga jalanan, lalu mengedarkannya kepada mereka yang lapar di jalanan.

Program ini mempunyai dua tujuan utama:
1. Membantu peniaga kecil yang bergantung kepada jualan harian untuk menyara hidup.
2. Mengisi perut mereka yang lapar, memberi secubit harapan bahawa masih ada yang peduli.

Bayangkan, dengan hanya RM10 sumbangan anda, kita dapat membeli semangkuk mi sup, semangkuk bubur, nasi campur, atau bakso daripada peniaga kecil, lalu menghulurkannya kepada seseorang yang sudah seharian berlapar.
"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat untuk orang lain."
(HR. Ahmad)

Mari kita jadikan setiap Jumaat lebih bermakna. Sedekah anda bukan sahaja mengenyangkan yang lapar, bahkan menjadi asbab rezeki untuk peniaga kecil yang berjuang setiap hari. Jom sertai kami, sebarkan lebih banyak kebahagiaan, dan jadikan Sedekah Jumaat sebagai rutin yang membawa pahala berpanjangan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 10, 2025