Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL IHKLAS
Dimulakan pada Jul 12, 2023
RM3,395 / 6.79 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
127 Penyumbang
216 Baki Hari
Di sini kami dari Pertubuhan Kebajikan Al Ihklas ingin mengajak anda semua bersama sama dengan kami membantu untuk kelangsungan hidup mereka. Telah banyak lawatan yang kami jalankan, kami turun padang bersama-sama team berjumpa dengan warga emas dan orang kurang upaya, kami sedaya upaya berusaha untuk jalankan aktiviti amal ini bagi meneruskan bantuan dari masa ke semasa dan memastikan mereka sentiasa mendapat bantuan dari segi sumber makanan ataupun sumber kewangan.
Kisah hidup mereka amatlah meruntun hati kami, kehidupan dalam kedaifan, seba kekurangan, mereka tidak dapat mencari rezeki sendiri atas masalah yang dialami iaitu tidak dapat menjalankan kerja dengan sempurna. Oleh yang demikian, amatlah perlu untuk kita sama sama membantu bagi meringankan bebanan hidup mereka.
Selain dari orang kurang upaya kami juga membuat lawatan ke rumah rumah warga emas miskin, mereka hidup dalam serba kekurangan dengan menghadapi masalah kesihatan yang memerlukan rawatan susulan. Kami bersama-sama team menziarahi mereka dan memberi bantuan makanan serta kewangan dan barangan keperluan harian termasuk ubat ubatan. Barangan yang kami beri iaitu seperti makanan kering asas seperti beras, bihun, minyak, tepung gandum, sos, kicap, garam, gula, biskut, sardin, telur dan lain-lain lagi. Kami juga tidak lupa memberi keperluan harian seperti sabun, shampu, ubat gigi serta sedikit ubat ubatan seperti minyak urut dan sebagainya.
Semoga sumbangan yang dihulurkan akan dibalas ganjaran yang besar oleh Allah SWT. Rezeki itu milik Allah, semakin kita ikhlas memberi kepada orang lain semakin Allah memudahkan rezeki kita. Seandainya orang yang bersedekah mengetahui bahawasanya sedekahnya itu sampai di tangan Allah sebelum tangan orang yang menerimanya, maka sungguh kenikmatan memberi lebih besar daripada kenikmatan menerima.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Dec 08, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Dec 07, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Dec 06, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 04, 2023
SEORANG INSAN
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 03, 2023