ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Aug 21, 2023

SEDEKAH AIR BERSIH BERTERUSAN UNTUK KELUARGA MISKIN DI GAZA

RM480 / 16.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

22 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom terus hantarkan lori kebaikan anda dengan bersedekah air bersih untuk keluarga miskin di Gaza! InshaAllah pahala jariyah terus mengalir.


Krisis air bersih di Gaza makin teruk dari hari ke hari. 3 peratus air bersih yang tersedia saat ini, tak mampu memenuhi kebutuhan warga Gaza untuk minum, memasak dan sanitasi. Sedangkan sisanya merupakan air yang terkontaminasi dengan sisa kumbahan. Kondisi ini membuat anak-anak di sana terancam infeksi berbahaya. Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) melaporkan 96% air dipam dari akuifer di Gaza tidak patut untuk digunakan makhluk hidup.



Salah satu kota di Gaza iaitu Beit Lahia memiliki penapisan air bersih percuma, namun saat ini mesin penapisan ini rosak. Banyak sambungan paip yang bocor mengakibatkan aliran air semakin sedikit dan tidak dapat memenuhi kebutuhan warga. Hampir 2 juta orang di Palestina yang hidup di bawah garis kemiskinan tidak mampu mendapatkan air yang bersih dan patut untuk hidup. Mereka hanya bergantung pada kebaikan hati orang-orang dermawan.



Baru-baru ini juga Zionis menutup sumur-sumur air pertanian dengan cairan simen di kawasan Hebron. Hal ini membuat kondisi warga semakin terancam, mereka kehilangan sumber air bersih untuk kebutuhan sehari-hari dan juga kebutuhan pertanian.



Fakta ini kita lihat dari cerita keluarga dari 3 kanak-kanak bersaudara di Gaza bernama Abdullah Ibrahim, Tala dan Leen. Mereka hidup di khemah pelarian bersama dengan ibunya. Adik beradik ini harus mencari air ke tempat yang sangat jauh. Kisah Abdullah dan adik-adiknya hanyalah satu dari kisah-kisah pedih warga miskin di Gaza.



Asar Humanity menjemput anda untuk membantu menghantarkan air bersih untuk saudara kita di Palestin. Salah satunya melalui sedekah air yang akan dihantarkan melalui lori air dengan kapasitas 50,000 liter air dalam 1 hari hantaran. InshaAllah sedekah yang anda sumbangkan akan sangat membantu keluarga miskin yang paling membutuhkan.



Alhamdulillah hantaran air yang lepas sangat diterima oleh keluarga miskin di Gaza. Air bersih melalui lori mengisi tempat persediaan air di rumah mereka, mereka sangat berterima kasih banyak. Kebaikan ini harus terus berjalan, kehidupan Gaza akan terus terancam tanpa bantuan kita. InshaAllah melalui sedekah air bersih ini Allah SWT akan melipatgandakan pahala anda dan juga membuka pintu rahmatNya.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 29, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 25, 2023

Kempen Sumbangan Tamat