ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Sep 19, 2023

SEDEKAH HANTARKAN LORI AIR BERSIH UNTUK KELUARGA MISKIN DI GAZA

RM300 / 10.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

19 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jangan berhenti di sini, teruskan lori kebaikan ini akan menghantarkan sedekah air bersih untuk keluarga miskin di Gaza!


Krisis air ini menyebabkan purata orang di Gaza hanya mempunyai akses kepada 70 liter air sehari yang jauh di bawah piawaian minimum Pertubuhan Kesihatan Sedunia iaitu 100 liter sehari. Belum lagi air di Gaza sering tercemar dengan bakteria, virus dan bahan kimia yang mana boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Termasuklah cirit-birit, taun dan kepialu. Kanak-kanak lah yang menjadi mangsa teramai.



Beit Lahia merupakan sebuah kawasan di Gaza yang mulanya memiliki desalinasi air bersih percuma untuk warga, tetapi dah lama mesin penapisan ini rosak. Paip banyak yang bocor mengakibatkan saluran air semakin sedikit dan tidak dapat memenuhi kebutuhan warga. Kezaliman pun dilakukan Zionis kepada petani di kawasan Hebron. Zionis menutup sumur-sumur air pertanian dengan simen. Tentunya hal ini membuat warga semakin terhimpit, mereka kehilangan sumber air bersih untuk kebutuhan sehari-hari dan juga kebutuhan pertanian.



3 kanak-kanak bersaudara di Gaza bernama Abdullah Ibrahim, Tala, dan Leen merupakan salah satu cerminan kehidupan yang sulit di Gaza. Adik-beradik dan ibu mereka tinggal di khemah pelarian. Setiap hari mereka harus membantu ibu mereka mencari air di sumber air yang jauh, ibunya kesian pada anaknya. Namun, mereka tak ada lagi air yang dapat digunakan.



Asar Humanity menjemput anda untuk kembali menghantarkan air bersih melalui lori air dengan kapasitas 50.000 liter air dalam 1 hari hantaran. InshaAllah sedekah yang anda sumbangkan akan sangat membantu keluarga miskin di Gaza yang paling membutuhkan.



Alhamdulillah anda sudah pernah menghantarkan lori-lori air bersih untuk keluarga miskin di Gaza. Mereka sangat senang dan berterima kasih atas bantuan ini. Akhirnya mereka dapat mengisi tempat persediaan air di rumah mereka. Namun tentu saja mereka masih butuh bantuan kita. Semoga Allah SWT akan melipatgandakan pahala anda dan juga membuka pintu rahmatNya.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

BEN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 02, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 30, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 29, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 28, 2023

Kempen Sumbangan Tamat