Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,076 / 21.52 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
45 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Air adalah sumber kehidupan, namun masih ramai saudara kita yang bergelut untuk mendapatkan akses kepada air bersih. ASAR Humanity mengajak tuan dan puan untuk bersama-sama bersedekah demi menghantar air bersih ke pelosok negeri, di mana masih ada keluarga yang terpaksa menggunakan air keruh untuk minum, memasak, dan berwuduk.

Salah satu program terbesar ASAR Humanity adalah Distribusi Water Tank ke kawasan terpencil yang mengalami krisis air bersih. Di wilayah Cianjur dan Lombok, misalnya, selepas gempa bumi dan pergerakan lempeng bumi, banyak sumur yang tertutup dan tidak lagi mengeluarkan air. Dataran tinggi ini semakin sukar mendapatkan sumber air kerana struktur tanah yang tidak stabil.

Setakat ini, ASAR Humanity telah berjaya menghantar puluhan tangki air bersih hasil dari sumbangan penderma melalui Sumbangan.com. Ribuan liter air telah menjadi penyambung kehidupan bagi mereka yang bertahun-tahun menanti datangnya air bersih. Namun, ini bukan akhir perjalanan.

Langkah Seterusnya: Program Sumur Bor!
Kami bercadang membina sumur bor di kawasan-kawasan yang memerlukan agar bantuan air dapat dinikmati secara jangka panjang. Ini adalah solusi yang bukan sahaja sementara, tetapi bekalan air berterusan untuk generasi akan datang.
Melalui kempen ini, donasi anda akan digunakan untuk pembinaan sumur bor di kawasan gersang dan rawan gempa. Penghantaran water tank ke desa-desa terpencil. Penyelenggaraan dan pemantauan sumber air secara berkala.

Jom bersama-sama kita kirimkan aliran air kehidupan untuk mereka. Setiap tetes air yang mengalir menjadi saksi amal jariah kita di akhirat kelak. Semoga ini menjadi bekal amalan yang mengalir selamanya, seperti air yang kita sedekahkan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah, pasukan ASAR Humanity telah menyalurkan air bersih kepada penduduk di Sumberjo, Yogyakarta yang telah lama berdepan kesukaran mendapatkan air untuk diminum dan digunakan seharian.

Penduduk sangat gembira ketika mengisi air dari tangki, seorang warga tempatan bahkan berkata dengan penuh rasa syukur bahawa beliau belum mandi selama tiga hari kerana ketiadaan air. Situasi ini amat membimbangkan, terutama dari segi kesihatan dan kebersihan diri.

Terima kasih kepada semua penderma yang telah memberi harapan kepada mereka.
Semoga usaha ini menjadi amal jariah yang berpanjangan, dan semoga suatu hari nanti kita dapat membantu membina telaga air kekal untuk manfaat jangka panjang.
#ASARHumanity #SumbanganCom #SedekahAirBersih #SadaqahJariah

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Feb 19, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 18, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 18, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Feb 17, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 17, 2025