Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM737 / 24.57 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
35 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Innalillahi wainna ilaihi raajiun.
Sejak 7 Oktober serangan Zionis terhadap Gaza belum berhenti. Hingga kempen ini ditulis 31 Oktober 2023 seramai 8,306 orang maut, 3,457 di antaranya adalah kanak-kanak. Hasbunallah wanikmal wakiil. Jutaan warga Gaza yang selamat pun kehilangan rumah, mereka mencari tempat perlindungan di kawasan rumah sakit, di gedung sekolah milik Perserikatan Bangsa-Bangsa, dan juga di beberapa kem pelarian di bagian selatan yang disebutkan Zionis akan lebih aman.
Namun, wilayah selatan Gaza juga tidak terlepas daripada serangan Zionis. Pasukan kami di Gaza menyampaikan bantuan menyaksikan serangan berterusan di Khan Younis, Gaza Selatan. Di hospital pun Zionis terus menyerang. Adakah terdapat tempat yang selamat di Gaza?
Warga Gaza menjadi pelarian di tanahnya sendiri. Mereka tidur seadanya di lorong-lorong rumah sakit, di parkiran, dengan kem sederhana dari kain dan tilam, tanpa bekalan yang cukup. Mereka bergantung pada huluran tangan kita, hak mereka untuk hidup sudah dirampas oleh Zionis.
Baru-baru ini Kementerian Kesihatan di Gaza memberi amaran tentang penularan wabak seperti cacar air dalam kalangan penduduk yang berpindah di Gaza akibat daripada kekurangan air di pusat perlindungan. Pengarah Eksekutif UNICEF Catherine Russell mengatakan kekurangan air bersih dan sanitasi hampir menjadi malapetaka.
Mulai dari RM10 inshaAllah bersama-sama, kita boleh membantu perjuangan mereka mempertahankan tanah air Palestina dan merebut kembali pembebasan Al-Aqsa. Semoga Allah memberikan perlindungan dan keberkahan yang melimpah kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum Tuan dan Puan.
Semoga berita ini mendapati anda dan keluarga dalam keadaan baik dan sejahtera.
MashaAllah alhamdulillah ala kulli haal.
Dengan rasa rendah diri dan rasa terima kasih, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tim Asar Humanity di Gaza dan kepada semua penderma yang telah bersatu dalam usaha kemanusiaan untuk membantu keluarga pelarian yang saat ini hidup di salah satu kem Kota Rafah. Sesungguhnya, inisiatif ini telah membawa sinar harapan kepada saudara-saudara kita yang terjejas akibat serangan di Semenanjung Gaza.
Harap dimaafkan, kerana terdapat sedikit masalah pada banner dalam gambar yang kami lampirkan yang masih menunjukkan tahun 2023. Sementara pengagihan air bersih dilakukan beberapa pekan yang lepas.
YaAllah! Melihat penderitaan saudara-saudara kita di sana, hati ini terasa begitu sakit. Mereka mesti bersabar dalam mendapatkan akses kepada keperluan asas, termasuk air bersih yang merupakan hadiah berharga. Ketibaan Asar Humanity dengan lori besar yang menghantar air bersih adalah cahaya yang terang di tengah-tengah kegelapan yang mereka hadapi.
Alhamdulillah. Barakallahu fiikum! Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah membantu meringankan beban mereka. Setiap titisan air bersih yang dihantar adalah sinar harapan baru untuk kelangsungan hidup mereka. Semoga segala kebaikan yang telah diberikan menjadi amal jariah yang tidak putus-putus, dan keberkatan yang terus berlipat ganda.
Kepada saudara-saudara kita di Gaza, semoga bantuan ini dapat memberikan keberkatan dan ketenangan jiwa. Kami juga mendoakan semoga Allah memberi kekuatan untuk saudara-saudara kita di sana yang Allah janjikan keberkahannya di tanah Syam. Semoga kita semua sebagai umat Islam dapat bersatu hati menjaga agama dan membantu orang lain, agar di akhirat kelak, rezeki yang diperolehi menjadi saksi kesungguhan kita mempertahankan Islam dan memerdekakan Masjid Al Aqsa.
Terima kasih atas kebaikan dan kasih sayang yang telah dihulurkan. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa!
Alhamdulillah ala kulli haal, Asar Humanity berjaya menghantar lori air bersih kepada pelarian di Gaza yang telah berlindung di wilayah selatan Gaza. Berkat bantuan anda, kami dapat menyediakan air bersih, salah satunya dihantar kepada mangsa serangan di sekolah Abdullah Siam dan Markaz Ibn Khaldun Are. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan!
Update dari tim Asar Humanity di Gaza, rumah saudara kita yang ditugaskan untuk melaksanakan projek bantuan turut dibom, begitu juga kawasan di mana pasukan Asar Humanity mula melaksanakan projek bantuan.
Terpaksa semua pasukan meninggalkan tempat dan berpindah ke tempat lain, penyaluran bantuan dihentikan sementara kerana tidak dapat menjalankan aktiviti di kawasan Khan Yunis. Mohon doa daripada anda semua untuk keselamatan pasukan Asar Humanity dan juga kejayaan menyampaikan bantuan kepada mangsa serangan di Gaza.
Jazakumullah khairan!
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM12.00
Nov 01, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 01, 2023
ROSLAN BIN OTHMAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 01, 2023
NIKIFLI
Menyumbang sebanyak RM50.00
Nov 01, 2023
TAUFIQ
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 01, 2023