Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM185 / 6.17 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
14 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Semoga anda sekeluarga sihat sejahtera selalu. Hampir 2 bulan selepas gegaran gempa bumi berukuran 5.6 magnitud yang menghancurkan Cianjur, di Jawa Barat, Indonesia, terdapat 602 orang maut serta ratusan cedera akibat dihempap material reruntuhan. Puluhan ribu mangsa terjejas kehilangan rumah dan masih tinggal di khemah pelarian dengan kain tipis yang terkena hujan dan panas sehingga kerap perlu ditambahkan. Begitu pulak dengan sumber air bersih yang menggunakan paip turut terjejas kerana dipecahkan runtuhan bangunan dan menyebabkan air yang keluar menjadi kotor.
Mangsa pelarian hanya bergantung kepada sumber air bersih yang diagihkan oleh pelbagai bantuan dan juga air yang datang dari sungai berhampiran dengan tempat tinggal mereka. Setakat ini, tidak pernah ada lori tangki untuk mengagihkan air bersih ke kampung. Sehingga penduduk hanya bertahan dengan mata air yang berbaki dan ada yang bergantung kepada pengairan sawah atau air sungai.
Kabar terbaru dari tim Asar Humanity, khemah pelarian mangsa gempa Cianjur kekurangan air bersih untuk dikonsumsi. Hari ini karena tak ada lagi penyumbang, pasukan tidak dapat melanjutkan distribusi air bersih melalui tangki air. Kos bayar sewa tangki satu kali hantaran kena dibayar sekitar RM225. Tangki ini dapat menghantarkan 8000 liter air bersih yang nantinya digunakan warga untuk memenuhi kehidupan sehari-hari.
Kami membutuhkan kebaikan anda untuk menyewa tangki air supaya mangsa pelarian boleh memenuhi kebutuhan asasi harian. Kanak-kanak mulai terinfeksi penyakit kulit, tangan mereka luka dan banyak nanah. Lokasi mangsa pelarian sudah kami datangi dengan kes scabies adalah sebagai berikut:
1. Kampung Sarampad
2. Kampung Padaluyu
3. Kampung Pacet
4. Kampung Nyalindung
5. Kampung Cibulakan
6. Kampung Gasol
7. Kampung Pasir Ipis
8. Kampung Pasir Gombong
InsyaAllah sedekah air dari anda akan menjadi diganti Allah SWT dengan ganjaran pahala yang berlipat. Semoga Allah melimpahkan keberkahan dari pahala jariyah yang anda dermakan kepada jemaah mangsa pelarian Cianjur. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum Tuan dan Puan,
Semoga khabar ini menjumpai anda dalam keadaan baik, sihat dan sejahtera.
Alhamdulillah, pasukan Asar Humanity telah mendistribusikan air bersih menggunakan truk tanki kepada warga terjejas gempa bumi Cianjur di area khemah pelarian Desa Cugenang. Warga sangat antusias menyambut kedatangan bantuan air bersih ini, mereka sangat senang karena sudah lama tidak ada bantuan air bersih untuk mereka.
6 bulan lepas sejak gempa bumi Magnitudo 5.6 menggegarkan wilayah Cianjur, warga terjejas sudah beranjak untuk bangkit dan menjalani hidup. Walaupun beberapa dari mereka masih tinggal di khemah-khemah pelarian sederhana. Faktanya kerusakan pada sumber mata air menyebabkan aliran air kurang tersedia, apabila ada airpun itu lah yang kotor dan tidak patut untuk penggunaan sehari-hari.
Kalau tidak ada air, terpaksa mereka menggunakan air kolah yang kotor dan berbau tak sedap, sering kali hal ini menjadi sumber sakit perut dan penyakit kulit. Jika masih ada hujan, mereka menampung air hujan. Tetapi saat ini sudah masuk musim panas, sumber air pun semakin kering.
Bantuan air bersih yang datang ini menjadi salah satu penyegaran bagi warga terjejas. Mereka rela beratur supaya mendapatkan air bersih. Air bersih dari tanki air Asar Humanity ini paling ditunggu, karena air ini bersih, segar dan sudah melalui proses filtrasi sehingga walaupun tanpa dimasak sudah aman diminum. MashaAllah. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan. Semoga keberkahan dan pahala berlipat Allah SWT ganjarkan kepada anda dan keluarga. Jazakumullah khairan.
MashaAllah apa ya yang buat warga Kampung Cadot ini beratur sangat panjang?
Alhamdulillah amanah sedekah air bersih dari Tuan dan Puan sudah sampai di Kampung Cadot, Desa Sukamanah, Cianjur. Sebanyak 16.000 Liter air bersih dihantarkan dengan trak air menjumpai dan memenuhi kebutuhan sehari-hari sedikitnya 1000 orang. Barakallahu fiikum.
Lepas terjejas gempa cianjur warga kampong ini sulit untuk mendapatkan air bersih. Karena beberapa sumber mata air yg sebelumnya digunakan tidak lagi mengeluarkan air, termasuk air yang bersumber dari pam. Masyarakat terpaksa menampung air hujan dan air kolah yang kondisinya tidak patut untuk dikonsumsi.
Hari itu warga tak khawatir lagi, pasukan Asar Humanity menghantarkan bantuan air bersih melalui water tank kepada desa-desa yang kekurangan air bersih. Alhamdulillah karena bantuan Tuan dan Puan wadah-wadah air yang mulanya kosong kini terisi kembali. Antusias masyarakat dengan berbondong-bondong, berbaris, membawa ember, galon, serta peralatan lainnya yangg bisa menampung air.
Ucapan terima kasih serta doa dari mereka untuk penyumbang sumbangan.com, dan pasukan yang bertugas. Jazakumullahu khairan khatsiran. Semoga Allah SWT limpahkan keberkahan dan pahala yang berlipat ganda kepada anda dan keluarga. Aamiin
Ikuti program kemanusiaan Asar lainnya >> Klik!