Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,350 / 45.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
63 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Alhamdulillah lepas satu minggu kita telah melewati bulan Ramadan, semoga kita sihat dan istiqamah beribadah kusyuk satu bulan penuh. Kegembiraan bulan Ramadan juga dirasakan oleh saudara kita di Gaza namun masih ada di antara saudara kita yang risau dengan apa mereka akan berbuka dan bersahur. Lebih 97% daripada air yang dipam dari akuifer pantai di Semenanjung Gaza tidak memenuhi kualiti air Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
Dikepung dan dijajah selama berpuluh abad membuat kualiti air di Gaza dianggap tidak sesuai untuk digunakan manusia. Menurut Pihak Berkuasa Kualiti Alam Sekitar, kurang dari 3% sahaja keluarga yang boleh mengakses air bersih. 53% keluarga di Gaza tergolong kategori sangat miskin. Ketidakpastian makanan semakin merebak.
Asar Humanity menjemput anda untuk membantu perjuangan saudara kita di Gaza, salah satunya melalui sedekah air minum untuk konsumsi setiap hari terutama di bulan Ramadan ini ketika mereka sangat memerlukan cairan untuk tenaga. InshaAllah sedekah yang anda sumbangkan akan kami hantarkan kepada keluarga miskin di Gaza yang membutuhkan air bersih untuk minum.
Semoga air minum yang anda berikan menjadi energi dan semangat saudara kita di Gaza dalam beribadah di bulan Ramadan dan juga bertahan hidup. InshaAllah melalui sedekah air minum ini Allah SWT akan melipatgandakan pahala anda dan juga membuka pintu rahmatNya di bulan Ramadan ini.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum Tuan dan Puan,
Tuan dan Puan, semoga Allah selalu lindungi anda dan keluarga serta merahmati anda dengan keberkahan dan keampunanNya.
Alhamdulillah ala kulli haal. Tim Asar Humanity kembali menghantarkan lori air bersih untuk saudara-saudara kita di salah satu kem pelarian wilayah Khan Younis, Gaza Selatan. Barakallahu fiikum! Pengagihan ini tidak dapat dilakukan tanpa ridho dari Allah SWT dan bantuan anda.
Krisis air semasa adalah akibat langsung daripada serangan sengaja Israel terhadap bekalan air dengan memusnahkan takungan dan kolam di seluruh Semenanjung Gaza, serta menyasarkan loji air masin, yang membawa kepada situasi bencana dehidrasi yang teruk. Apatah lagi dengan keadaan di kem pelarian yang bertimbun dengan sampah sarap akibat sekatan Israel, menjadikan ia lebih membimbangkan penyakit dan virus yang menjangkiti kanak-kanak.
Jadi kita sudah dapat melihat sambutan gembira daripada semua pelarian di kem ini apabila lori air bersih memenuhi menara air. Mereka mengatur untuk mendapatkan air bersih yang boleh diminum dengan segera. Bantuan air ini juga akan menjadi bekalan kepada keluarga untuk menampung keperluan harian mereka. Muka kepenatan anak-anak kecil berlari-lari membawa bekas besar untuk menakung air. Pasukan Asar membantu mereka mengheret kontena berat ini untuk dibawa pulang.
Izinkan kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan-tuan dan Puan-puan Sudah tentu penghantaran lori air bersih ini tidak dapat dilakukan tanpa sumbangan anda. Tetapi perjuangan kita tidak boleh berhenti di sini. Sentiasa mendoakan saudara-saudara kita agar Allah SWT sentiasa melindungi dan melindungi mereka.
Semoga nikmat dan rezeki yang kita terima menjadi bukti dukungan kita terhadap perjuangan untuk mencapai kemerdekaan Palestina dan pembebasan Masjid Al Aqsa. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa. Aamiin Ya Mujibassailiin
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Assalamu’alaikum Tuan dan Puan,
Alhamdulillah Allah SWT sampaikan umur kita di hari Jumat, hari yang istimewa dalam satu pekan, di mana amalan kita akan Allah lipatgandakan. Jangan terlepas dari keberkahan membaca shalawat dan surat Al Kahfi ya.
Bertepatan Hari Jumaat ini mari kita mohon ampunan kepada Allah SWT, dan kirimkan doa terbaik untuk saudara kita di Palestin. Jangan kita berhenti bercakap benar tentang Palestin. Kita teruskan doa dan sokongan agar Allah SWT melindungi saudara-saudara kita utamanya untuk saudara kita yang diserang di Gaza.
Semoga Allah SWT memberi keberkatan dari segala usaha dan sokongan kita untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin. Jazakumullah khairan.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 07, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 07, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 06, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 06, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Apr 05, 2023