Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
YAYASAN GLOBAL SEDEKAH MOVEMENT
Dimulakan pada Aug 21, 2025
RM200 / 0.40 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
12 Penyumbang
38 Baki Hari
Di bumi yang penuh ujian itu, ribuan keluarga kehilangan rumah, tinggal hanya dalam khemah usang yang tidak mampu melindungi mereka daripada panas terik ataupun sejuk malam. Tiada tempat tinggal yang layak, tiada makanan yang mencukupi, malah untuk mendapatkan seteguk air bersih pun menjadi satu perjuangan yang amat berat.

Air, bagi mereka adalah sebuah kemewahan. Mereka terpaksa membeli air bersih yang selamat diminum dengan harga yang sangat tinggi. Sedangkan pendapatan mereka hampir tiada, ditambah pula dengan kesulitan hidup yang terus menghimpit dari hari ke hari.

Bayangkan, dalam panas terik di tengah khemah pelarian, ribuan keluarga, termasuk anak-anak kecil dan warga tua, masih bergelut hanya untuk mendapatkan air bersih setiap hari. Anak-anak menangis kerana kehausan, ibu bapa bingung tidak mampu menyediakan.

Sebagai tanda kepedulian terhadap sesama, Yayasan Global Sedekah Movement hadir membawa setitik harapan. Usaha ini bukan sekadar memberikan air, tetapi memberikan kesinambungan hidup, sebuah peluang agar saudara-saudara kita di Bumi Syam dapat bertahan di tengah masa-masa yang amat sukar.

Program penyediaan air bersih ini bertujuan untuk mengurangkan penderitaan mereka. Dengan adanya sumber air, mereka bukan sahaja dapat minum, tetapi juga menjaga kebersihan, memasak makanan, dan meneruskan kehidupan seharian dengan lebih baik.

Namun, usaha ini tidak akan mampu berdiri tanpa sokongan kita bersama. Lalu, apa yang boleh kita lakukan untuk membantu mereka?
Berdoa adalah langkah paling kecil namun paling bermakna. Doa tulus kita boleh menjadi penguat hati mereka yang sedang berjuang. Tetapi ada langkah nyata lain yang lebih besar iaitu anda boleh menyalurkan sedekah untuk membantu meringankan penderitaan mereka.

Semoga dengan membantu mereka, Allah SWT akan menolong kita, memudahkan segala urusan kita di dunia, serta memberikan ganjaran yang berlipat ganda di akhirat kelak. Mari bersama, jangan biarkan saudara kita di Palestin dan Syria berjuang sendirian. Seteguk air yang kita salurkan mungkin menjadi penyelamat nyawa, dan cahaya harapan untuk mereka terus bertahan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 01, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 31, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 30, 2025
ZUBAIDAH BTE TUKIMAN
Menyumbang sebanyak RM25.00
Aug 30, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 28, 2025