ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Nov 29, 2022

SEDEKAH ALAS TIDUR UNTUK MAAHAD TERJEJAS GEMPA CIANJUR

RM310 / 10.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

15 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Sejuknya malam melanda mangsa gempa bumi Cianjur yang terselamat dalam pelarian. Jom kita hadiahkan alas tidur supaya mereka sihat!


Sudah seminggu lebih sejak gempa bumi bermagnitud 5.6 MAG menggegarkan kawasan Cianjur, Jawa Barat pada 21 November 2022. Hingga kini, data yang diperoleh ialah 7,729 orang cedera dan lebih kurang 73,693 orang telah berpindah (data terkini pada ahad, 27 November 2022 pukul 18.00 WIB).



Bukan itu sahaja, gempa bumi yang berlaku juga mengakibatkan pelbagai rumah dan fasilitas awam rosak, di mana anggaran 73,693 unit rumah rosak, 160 tempat ibadat rosak, 14 fasilitas kesihatan rosak, 368 fasilitas pendidikan rosak dan sebagainya. Sebaliknya, ketika ini penduduk yang berpindah tersebar di 158 kem pelarian dengan keadaan kekurangan sepenuhnya. Terutama untuk alas tidur yang digunakan untuk berehat pada waktu malam. Di mana mereka yang terselamat dari gempa bumi Cianjur masih kekurangan tikar tidur. Lebih-lebih lagi kawasan Cianjur terletak di kawasan pergunungan yang menjadikan udara di sana semakin sejuk pada waktu malam.



Melihat keadaan ini, adakah kita ada hati untuk membiarkan saudara-saudara kita yang dilanda gempa bumi Cianjur terpaksa menderita berkali-kali?


Bukan sahaja kerana gempa bumi yang memisahkan mereka dengan orang yang tersayang dan kerana keadaan rumah mereka ranap, tetapi mereka terpaksa kembali menelan kepahitan hidup dengan bermalam di kem-kem pelarian yang juga serba kekurangan. Justeru, marilah kita bersama-sama membantu mangsa gempa bumi Cianjur dengan menghantar bantuan berupa tikar tidur agar tidak lagi merasai kesejukan malam di kem pelarian..



Semoga dengan kebaikan yang anda berikan dapat menjadi saguhati bagi mereka yang terselamat dari bencana gempa bumi Cianjur Jawa Barat dan semoga dengan kebaikan anda membantu orang lain Allah SWT menerima doa anda dan keluarga dan Allah melindungi anda dan keluarga di mana sahaja berada. Amin.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 02, 2022

ABD MUNIR ABDULLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 02, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 01, 2022

ROHANI BINTI MD SHAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 01, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 01, 2022

Kempen Sumbangan Tamat