ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Nov 23, 2022

SEDEKAH PERALATAN SEKOLAH MAAHAD TAHFIZ TERJEJAS BENCANA

RM1,175 / 23.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

70 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Gempa bumi 5.6 magnitud menggegarkan Cianjur, Indonesia. Banyak maahad terjejas akibat bencana ini, jom kita kuatkan kembali pendidikan di maahad melalui sedekah pakej kelengkapan sekolah!


Zikir Tetap Bergema, Walaupun Musibah Melanda!


Berita duka menyelubungi pelajar di Maahad Al-Quran Syabilulosyad Cianjur, Jawa Barat setakat isnin, 21 November 2022 pukul 13:21 waktu tempatan kerana gempa bumi berukuran 5.6 magnitud menggegarkan kawasan tersebut. Terdapat 100 pelajar terjejas di maahad, 4 daripadanya cedera ringan, manakala 1 lagi cedera parah (data dikemas kini setakat 22 November 2022).



Bukan itu sahaja, fasilitas pendidikan di maahad tahfiz ini turut terjejas termasuk asrama, dapur, tandas, surau, tempat belajar, pejabat dan perpustakaan maahad. Hampir 50% daripada bangunan di maahad telah rosak. Sementara itu, ketika ini pelajar masih dipindahkan ke tempat yang lebih selamat. Di tengah musibah yang melanda, para pelajar di sana masih terus melafazkan kalimah zikir kepada Allah SWT.



Dengan kerosakan yang agak teruk, barangan peribadi pelajar juga turut rosak termasuk buku dan peralatan sekolah. Melihat keadaan tersebut, sewajarnya kita membantu pelajar tahfiz ini untuk melanjutkan pendidikan dan memberi kemudahan pembelajaran kepada mereka. Salah satunya melalui pemberian buku dan peralatan sekolah.



InshaAllah dengan kebaikan anda, sedekah yang anda sumbangkan akan disalurkan kepada pelajar tahfiz di Maahad Al-Quran Syabilulosyad dan maahad lain yang terjejas akibat gempa bumi di Cianjur berupa buku, alat tulis, pakej peralatan sekolah dan sebagainya. Semoga Allah SWT memasukkan kita ke dalam golongan orang yang pandai bersyukur dan suka menolong orang lain.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 03, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 02, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 02, 2022

HASMAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 02, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 02, 2022

Kempen Sumbangan Tamat