Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM670 / 22.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
15 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Serangan Zionis di Palestin pada penghujung bulan suci Ramadan melumpuhkan banyak sektor kehidupan terutama di Gaza. Aktiviti penghafal Al-Quran juga menjadi terhenti karena serangan menghancurkan banyak masjid dan fasiliti umum. Jalur Gaza adalah wilayah selatan Palestin yang terasing akibat blokade Israel yang berpanjangan.
Saat ini, generasi penghafal Al-Quran Palestin menjadi tiang utama untuk tetap menanamkan jiwa-jiwa pejuang. Selain itu, aktiviti ini untuk terus mempertahankan generasi Qurani di Palestin. Alhamdulillah pasukan Asar Humanity di Palestin telah mendistribusikan mushaf Al-Quran di wilayah Gaza Utara untuk kegiatan halaqah anak-anak Palestin.
MashaAllah, sungguh senang rasanya dapat melihat Al-Quran yang kita sedekahkan sudah sampai di tangan penghafaz Al-Quran di Gaza Utara. Dari sumbangan anda, kita dapat bersama generasi Qurani masa depan Palestin. Semoga pahala jariyah Allah SWT mencurahkan pula keberkahan dari setiap huruf yang dihafazkan.
Asar Humanity menjemput anda untuk melanjutkan sedekah Al-Quran dengan harapan anak-anak tahfiz terus menghidupkan aktiviti halaqah Qurani. Jangan sampai berhenti di sini, kita hidupkan aktiviti masjid di bumi Palestina. Semoga Allah melimpahkan keberkahan dan perlindungan untuk Tuan/Puan serta keluarga. Aamiin. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hasbunallah wa ni’mal wakiil. Pagi ini kami mendapat berita bahawa 9 rumah tahfiz di Utara Gaza yang termasuk dalam program tasmi dan tahfiz Al Quran Asar Humanity telah musnah selepas dihancurkan oleh Zionis. Khabarnya beberapa anak Tahfiz mati syahid. Innalillahi wainna ilaihi raajiun. Kami tidak mahu nama anak-anak yang kami siarkan dalam kempen ini menjadi mangsa kezaliman Zionis.
Tuan dan Puan, kami mengajak anda untuk terus mendoakan seluruh rakyat di Palestin agar Allah SWT memberi perlindungan dan menghentikan keangkuhan dan kerakusan Zionis. Mangsa yang tidak bersalah menjadi sasaran, semakin menyayat hati apabila mendengar berita kezaliman berterusan setiap hari.
Jangan berhenti bercakap benar tentang Palestin. Kita teruskan doa dan sokongan agar Allah SWT melindungi saudara kita khususnya saudara kita yang sedang diserang di Gaza.
Semoga Allah SWT merahmati dan melindungi kita dalam aktiviti seharian, serta memberkati segala doa, usaha dan sokongan kita untuk mempertahankan kemerdekaan Palestin dan pembebasan Masjid Al Aqsa. Aamiin. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Dari Nu’man bin Basyir dia berkata: Rasulullah saw. Bersabda, “Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencintai, menyayangi, dan mengasihi bagaikan satu tubuh. Apabila ada salah satu anggota tubuh yang sakit, maka seluruh tubuhnya akan ikut terjaga (tidak bisa tidur) dan panas (turut merasakan sakitnya).’ (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Distribusi Sedekah Al Quran bagi Penghafaz Al Quran di Gaza, Palestin
Assalamu’alaikum Tuan dan Puan
Semoga khabar ini menemui anda serta keluarga dalam keadaan baik dan sejahtera.
Alhamdulillah telah disalurkan sebanyak 120 eksemplar Al Quran kepada 120 kanak-kanak hafiz Quran di wilayah kota Gaza. Kami memilih daerah miskin dan siswa miskin yang penghafaz Al-Qur'an serta memiliki komitmen untuk terus belajar Al Quran. Di balik itu mereka memerlukan dukungan kitab Al-Qur'an. Alhamdulillah bersama dengan kedermawanan penyumbang lainnya, bantuan Al Quran ini dapat kami hantarkan.
Barakallahu fiikum Tuan dan Puan, semoga sumbangan anda menjadi berlipat keberkahannya dalam setiap satu huruf yang dilantunkan dan menjadi pahala jariyah hingga nanti di hari akhirat. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
SITI KHAMISAH MD HASSAN
Menyumbang sebanyak RM30.00
Jun 02, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Jun 01, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Jun 01, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Jun 01, 2023
ROHANI BINTI MD SHAH
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jun 01, 2023