ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jan 04, 2023

SEDEKAH ALQURAN UNTUK JEMAAH MASJID BULAN RAMADHAN

RM595 / 19.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

46 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kami adakan kempen lebih awal sedekah Al-Quran untuk jemaah masjid di bulan Ramadhan. Jom menabung pahala jariyah sekarang!


Assalamualaikum Tuan/Puan, semoga anda dan keluarga selalu dalam keadaan sehat dan sejahtera. Tidak terasa bulan Ramadhan akan tiba, kurang lebih 2 bulan lagi bulan yang penuh kemuliaan itu akan hadir. Semoga Allah SWT cukupkan umur kita hingga dapat beribadah maksimal dan meraih rahmatNya.




Sudah pasti anda mengetahui keutamaan di bulan Ramadhan, di mana salah satunya ada pahala kebaikan akan dilipat gandakan 700 kali. MashaAllah, semoga kita termasuk hamba Allah yang dapat meraih pahala sekaligus rahmatNya yang tak terhingga. Seperti yang terdapat dalam kalam Allah SWT:


"Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan." (Surah Al-Baqarah Ayat 245)



Asar Humanity menjemput Tuan/Puan untuk meraih keutamaan sedekah. Salah satunya melalui sedekah Al-Quran yang inshaAllah akan kami berikan pada bulan Ramadhan kepada masjid-masjid dan maahad tahfiz Al-Quran. Hal ini supaya jemaah masjid dan pelajar tahfiz dapat membaca Al-Quran dengan selesa.




Melalui sumbangan RM50 anda dapat membelikan 1 mushaf Al-Quran. InshaAllah sedekah Al-Quran ini menjadi salah satu pahala jariyah yang akan terus mengalir sampai kita wafat. Bayangkan Al-Quran dari ini dibaca pada saat bulan Ramadhan. Semoga Allah lipatkan ganjaran pahala kepada yang membaca dan kepada anda yang bersedekah dan limpahkan rahmat serta keberkahan kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 06, 2023

MOHD YAKOP IKRAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jan 06, 2023

Kempen Sumbangan Tamat