ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jan 27, 2023

SEDEKAH ALQURAN TAHFIZ DAN JEMAAH MASJID DI PALESTIN FASA 2

RM640 / 21.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

29 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom menabung pahala jariyah dari sedekah Al-Quran untuk menghidupkan aktiviti masjid-masjid di Gaza pada bulan Ramadan.


Semenanjung Gaza merupakan salah satu kota di Palestin dengan gambaran perjuangan dan krisisnya ekonomi yang teruk akibat dari penjajahan panjang. Kehancuran infrastruktur kritikal tidak sebanding dengan pembangunan yang lemah. Penjajahan selama lebih dari 16 tahun, memburukkan kondisi keluarga Gaza. Ramai dari mereka mengalami luka mental dan fizikal.



Um Mohammed adalah salah satu cerita penderitaan rakyat di Gaza. Ia hidup bersama dengan 5 orang anaknya. Selepas kematian suaminya, mencari nafkah keluarga adalah tugasnya. Sisi yang menyakitkan adalah apabila anda tahu bahawa tiada sumber pendapatan untuk membesarkan anak-anak atau juga menjalani kehidupan yang layak akibat dari penjajahan panjang Zionis. Dua anak lelaki sulungnya telah menamatkan pengajian, dan yang bongsu pandai kerana dia adalah seorang Hafiz Al-Quran. MashaAllah.



Alhamdulillah fasa pertama dari sedekah Al-Quran anda sudah diagihkan pada bulan Disember lepas kepada masjid-masjid di Gaza. Pelajar tahfiz dan jemaah masjid sangat senang menerimanya. MashaAllah, sungguh senang rasanya dapat melihat Al-Quran yang kita sedekahkan sudah sampai di tangan pembaca Al-Quran di Gaza.



Asar Humanity ingin mengajak anda untuk bersedekah Al-Quran kepada kanak-kanak tahfiz dan jemaah masjid di Semenanjung Gaza. Mari kita jadi sebahagian menghidupkan aktiviti masjid terutama menjelang bulan Ramadan yang tinggal di depan mata. InshaAllah setiap huruf yang dibaca membawa rahmat kepada kita semua yang membantu mereka. Sudah tentu juga untuk memastikan ayat-ayat suci Al-Quran terus didengari di bumi Palestin.



Perumpamaan (derma) orang yang membelanjakan harta benda mereka pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang Dia mahu dan Allah Maha Luas kurniaNya, lagi Maha Mengetahui. (Surah al-Baqarah: Ayat 261)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MOHD RAHIM BIN JAAFAR

Menyumbang sebanyak RM30.00

Feb 03, 2023

IMRAN MUSTAPHA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 03, 2023

KHAIRUL HAZWAN BIN KHAIRUDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Feb 03, 2023

Kempen Sumbangan Tamat