Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM85 / 2.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
6 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Al-Quran adalah panduan hidup umat Islam, namun masih ramai saudara kita di kawasan pedalaman yang tidak memiliki mushaf Al-Quran yang layak. Anak-anak pelajar maahad, para penghafal Al-Quran, mualaf yang baru mengenal Islam, dan masyarakat kurang berkemampuan sering kali terpaksa berkongsi mushaf yang sudah usang untuk belajar dan mendekatkan diri kepada Allah.

ASAR Humanity berkomitmen untuk terus menyokong program dakwah, khususnya di kawasan pedalaman di mana sebahagian masyarakatnya masih belum sepenuhnya memeluk Islam. Melalui program Sedekah Al-Quran, kami mengajak anda semua untuk bersama-sama menghulurkan mushaf Al-Quran kepada mereka yang memerlukan. Rasulullah SAW bersabda:
"Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya." (HR Bukhari)

Sedekah Al-Quran bukan sahaja membantu mereka untuk mendalami agama, tetapi juga menjadi amal jariah yang pahalanya terus mengalir walaupun kita telah tiada.

Mari bersama-sama menjadi penyokong dakwah Islam dan membantu mereka yang ingin mendekatkan diri kepada Allah. Semoga setiap huruf Al-Quran yang dibaca oleh mereka menjadi pahala yang berkekalan untuk anda.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Dec 10, 2024