Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM95 / 3.17 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
7 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Asar Humanity menjemput anda untuk menyertai program Sedekah Al-Quran di bulan Muharram ini. Manfaatkan baki bulan haram dengan bersedekah dan memberi sokongan kepada pelajar maahad tahfiz yang memerlukan Al-Quran baharu. Insya-Allah pahala akan mengalir berterusan.


Bulan Muharram adalah salah satu daripada empat bulan haram yang amat dihormati. Apabila bulan Muharram berakhir, kita perlu menunggu lima bulan lagi untuk bertemu dengan bulan haram Rejab. Adakah kita akan terlepas peluang untuk memperbanyakkan amal soleh ini?
Al-Quran adalah panduan hidup yang membawa kita ke jalan yang benar. Setiap ayat yang dibaca membawa pahala yang besar dan menjadi bekal di dunia dan akhirat. Menyertai gerakan ini bermakna anda menyumbang untuk menyebarkan kebaikan abadi.

Pelajar Maahad Tahfiz komited untuk menghafaz dan memahami Al-Quran. Walau bagaimanapun, ramai daripada mereka mengalami kesukaran mendapatkan Al-Quran yang betul. Rasulullah SAW mengajarkan betapa besar pahalanya membaca setiap surat Al-Quran. Bayangkan, setiap Al-Quran yang dibaca dan dihafaz oleh pelajar tahfiz akan menjadi aliran pahala yang tidak putus-putus dan membawa rahmat kepada kita.
“Barangsiapa membaca satu huruf dari Al-Quran, maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dilipat gandakan sepuluh kali lipat.” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Inilah masa yang sesuai untuk memperbanyakkan ibadah dan berbuat baik kepada orang lain. Dengan pemberian Al-Quran kepada pelajar maahad tahfiz, anda bukan sahaja membantu mereka dalam menuntut ilmu, malah menanam pahala yang akan terus mengalir. Dengan sumbangan RM35, anda boleh menjadi penyokong kepada pelajar maahad tahfiz yang memerlukan. Sertai gerakan amal Al-Quran ini dan rasai keberkatannya di dunia dan akhirat.

Semoga Allah menerima setiap langkah kita ke arah kebaikan, dan semoga setiap bacaan Al-Quran dari sumbangan ini menjadi sumber keberkatan untuk kita semua. Marilah kita bersama-sama merebut peluang untuk beramal di bulan yang mulia ini dan jangan biarkan peluang ini berlalu tanpa memberi makna.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT serta bantuan dan sokongan dari para dermawan, pasukan ASAR Humanity telah berjaya menyalurkan perlengkapan ibadah berupa mukena, sarung, sajadah, Al-Qur'an, dan Iqro kepada santri-santri di sebuah rumah pengajian sederhana Riadhul Alfiah Mubarok.


Rumah pengajian ini telah menjadi tempat bagi anak-anak untuk belajar dan mendalami ilmu agama tanpa memungut infaq atau bayaran dari para santri. Selama ini, Ustadzah Sanah menggunakan wang peribadi untuk membeli keperluan ibadah serta Al-Qur'an bagi para santri. Oleh kerana itu, sumbangan anda telah memberi makna yang besar dan mengurangkan beban beliau dalam menjalankan misi dakwah ini.


Dengan penuh rasa syukur, Ustadzah Sanah menyampaikan terima kasih yang tulus kepada para donatur dan tidak lupa mendoakan agar kebaikan ini terus disebarkan. Beliau berharap agar ASAR Humanity dan semua donatur sentiasa dilimpahi rahmat serta keberkatan dalam setiap amal yang dilakukan.

Terima kasih kerana terus menyokong program-program kebaikan ini. Semoga Allah membalas setiap sedekah dan sumbangan anda dengan ganjaran berlipat ganda, insyaAllah.
Teruslah Berbuat Kebaikan, Sebarkan Manfaat
https://sumbangan.com/bantugurungaji
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
ASAR Humanity Team
SITI KHAMISAH MD HASSAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 18, 2024
NORZIMA BINTI KAMSAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 18, 2024