BAITUL MAAL RUMAH BAIK

Dimulakan pada Jul 07, 2025

SATU MUSHAF AL-QURAN, PAHALA MENGALIR TANPA HENTI

RM725 / 7.25 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

32 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Satu mushaf, satu harapan. Bantu pelajar tahfiz yang kekurangan Al-Quran untuk menghafal & belajar. Sedekah anda jadi cahaya harapan & pahala tanpa henti. Derma sekarang!


Ramai anak-anak di pusat pengajian dan pondok tahfiz yang sedang berjuang menghafal Al-Quran dalam serba kekurangan. Mushaf yang digunakan sudah lusuh, koyak, dan tidak lengkap. Ada yang terpaksa berkongsi satu mushaf, bergilir untuk membaca dan menghafal.



Namun, semua ini tidak menghalang semangat mereka untuk terus menuntut ilmu dan menjadi hafiz Al-Quran. Mereka tetap berusaha bersungguh-sungguh demi cita-cita menjadi generasi Qurani. Kekurangan mushaf Al-Quran bukan sahaja menyulitkan proses hafazan, malah menghalang kelancaran pembelajaran. Al-Quran yang baik dan lengkap sangat penting agar mereka dapat membaca, menghafal, dan memahami setiap ayat dengan sempurna.


Mari bersama bantu mereka melalui kempen Sedekah Al-Quran, kami membuka peluang kepada anda semua untuk menyumbang mushaf Al-Quran yang baharu kepada pelajar-pelajar di pondok, rumah tahfiz, dan pusat pengajian yang memerlukan.


Sumbangan anda akan disalurkan terus kepada anak-anak yatim, asnaf dan pelajar tahfiz di seluruh pelosok. Setiap mushaf adalah cahaya harapan untuk mereka menggapai impian sebagai hafiz. Sedekah yang pahalanya mengalir selama mereka membaca dan menghafalnya. Jangan biarkan mereka terus belajar dalam kekurangan. Sedekah hari ini, tuai pahala selamanya.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM200.00

Sep 05, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 03, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 08, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jul 27, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jul 24, 2025

Kempen Sumbangan Tamat