ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Dec 22, 2023

SEDEKAH AL QURAN UNTUK ANAK RUMAH TAHFIZ DI LUAR BANDAR DAN PEDALAMAN

RM845 / 28.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

41 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom hantarkan kebahagiaan kepada kanak-kanak yang bersemangat belajar Al Quran di pedalaman dan luar bandar! Raih keutamaan pahala jariyah.


Melancarkan kembali kempen sedekah Al Quran untuk rumah tahfiz dan maahad yang berlokasi di luar bandar bahkan di pelosok. Asar Humanity berkomitmen menyampaikan amanah anda untuk membantu kanak-kanak yang berasal dari keluarga yang kurang mampu agar dapat terus belajar agama tanpa risau.




Cerita sebuah rumah tahfiz yang sudah pernah kami tayangkan yaitu di perkampungan Waipot yang tenang, perjuangan kanak-kanak untuk membina impian di tengah-tengah cabaran pendidikan. Terpisah daripada kemajuan teknologi dan terpinggir dari segi infrastruktur pendidikan, kanak-kanak ini berjalan kaki sejauh 5 kilometer ke sekolah setiap hari, mengatasi halangan dengan akses terhad. Kesediaan Iqra, Al Quran dan kita yang seadanya membuat mereka harus beratur dalam bergilir membaca dan belajar.


Guru tempatan yang bersemangat bermimpi untuk menyampaikan pendidikan yang lebih baik. Ustaz Udin bercita-cita untuk mewujudkan persekitaran pengajaran yang ideal, di mana anak-anak dapat belajar Al-Quran dengan gembira dan semangat tinggi. Mimpi ini melibatkan sebuah tempat pengajian yang layak dan selesa, yang bertentangan dengan pengalaman belajar di rumah mereka semasa ini. Di rumah, keterbatasan ruang yang sempit dan keadaan yang bocor ketika hujan sering menghambat proses belajar mengajar.



Lain ceritanya di Maahad Hidayatullah Nias, pondok pesantren yang bukan sekadar tempat belajar, malah menjadi tempat yang memberi ketenangan kepada 148 pelajar yang tekun belajar di situ setiap hari. Kebanyakan pelajar datang daripada keluarga petani dan bergantung kepada hasil hutan semula jadi untuk memenuhi keperluan hidup mereka. Ramai daripada mereka tidak mampu menanggung kos pendidikan. Tanpa bantuan, mereka berisiko terpaksa meninggalkan pendidikan dan menjadi buruh, hanya bergantung kepada produk semulajadi sebagai sumber kehidupan.



Seorang pelajar menyatakan, "Seumur hidup kita tidak mahu terperangkap sebagai petani. Kita mungkin tidak mempunyai apa-apa, tetapi yang penting, kita mahu belajar dan diterima di sini." Kenyataan ini menggambarkan kesungguhan pelajar untuk mengubah nasib melalui pendidikan di pondok pesantren walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran ekonomi dan halangan logistik.


Mulai dari RM10, sudah cukup untuk memulakan perubahan. Bersama-sama kita menghantar pakej Al-Quran dan alat pembelajaran supaya mereka mendapatkan hak asas mereka menerima pendidikan, sehingga wang yang ada dapat digunakan untuk kebutuhan asas lainnya.


Semoga Allah membalas kebaikan anda dengan limpahan rahmat dan keberkatan. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 31, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 29, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 29, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 28, 2023

MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 27, 2023

Kempen Sumbangan Tamat