Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM2,385 / 47.70 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
167 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Masihkah tuan dan puan ingat kisah adik Rafka, pejuang kecil yang bertarung dengan tumor perut? Atau adik Davina, yang sejak lahir telah diuji dengan kondisi tanpa anus? Mereka hanyalah dua dari banyak anak pesakit kronis yang kini berada dalam daftar urgent ASAR Humanity, menanti uluran kasih dan perhatian kita.

"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir tumbuh seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui."
(Surah Al-Baqarah: 261)

Di Rumah Singgah Insani dan berbagai daerah lainnya, ramai anak-anak kecil sedang berjuang melawan penyakit yang menguji ketahanan mereka. Namun, di sebalik kesakitan yang mereka rasakan, mereka tetap tersenyum dan berharap. Mereka juga berhak merasakan kebahagiaan, terutama di bulan penuh keberkatan ini.

ASAR Humanity mengajak tuan dan puan untuk berkongsi rezeki dengan menghadiahkan mereka bingkisan kebahagiaan, yang berisi:
1. Makanan bernutrisi untuk membantu mereka tetap kuat.
2. Susu & buah-buahan untuk menyokong kesihatan mereka.
3. Mainan & kejutan kecil untuk memberikan semangat dan keceriaan.

Dengan berkongsi kebahagiaan, semoga Allah SWT juga mempermudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat. Mari kita hadirkan senyuman dan semangat baru untuk mereka yang sedang berjuang. Sedekah kecil kita, kebahagiaan besar untuk mereka!
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Lawatan untuk Adik Rafka
Alhamdulillah, relawan ASAR Humanity telah menyampaikan bantuan makanan serta sokongan dana perubatan untuk adik Rafka dan keluarganya.

Adik Rafka didiagnosis menghidap tumor di bahagian perut yang menyebabkan perutnya semakin membengkak dan menimbulkan rasa sakit setiap hari. Kedua ibu bapanya bekerja sebagai buruh dengan pendapatan yang sangat rendah, membuatkan mereka sukar menampung kos perubatan dan menyediakan pembedahan yang diperlukan oleh Rafka.

InsyaAllah, kami akan terus berusaha mengumpul dana agar Rafka dapat segera menjalani pembedahan. Melalui sumbangan anda, kita bukan sahaja membantu Rafka, tetapi juga memberi sinar harapan untuk anak-anak lain yang berjuang melawan penyakit serius.
Terima kasih atas setiap doa dan sokongan. Mari kita sama-sama sebarkan kebahagiaan, meringankan derita, dan menjangkau lebih ramai anak yang memerlukan di masa depan
https://sumbangan.com/pakaianbaharuyatim
#BantuRafka
#ASARHumanity
#DoaUntukRafka
Membawa Harapan dan Keceriaan untuk Davina Kecil
Alhamdulillah, baru-baru ini pasukan ASAR Humanity sekali lagi berpeluang menziarahi adik Davina,
seorang anak kecil yang menghidap penyakit di mana dia tidak mempunyai lubang dubur dan kini bergantung kepada lubang buatan pada perutnya.

Ini merupakan kali ketiga kami datang menziarahinya, membawa bantuan makanan, susu, madu, dan sumber protein berkualiti untuk menyokong pemulihan dan kesejahteraannya.
Keluarga Davina menyambut kedatangan kami dengan penuh mesra, dan senyuman kecil Davina benar-benar menyentuh hati kami semua.
Ibubapa Davina dengan penuh rasa syukur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang dari Sumbangan.com yang sudi membantu mereka dalam waktu yang mencabar ini.

Mereka berkata,
“Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang menderma, hanya Allah sahaja yang dapat membalas kebaikan ini. Doakan Davina sihat dan boleh bermain seperti anak-anak lain.”
Melalui kempen ini, kita bukan sahaja memberikan bantuan material,
tetapi juga menyuntik semangat dan harapan untuk Davina dan keluarganya.
Semoga Allah membalas kebaikan semua penyumbang dengan keberkatan yang berpanjangan.
Mari teruskan misi kebaikan ini, kerana setiap sen yang kita hulurkan membawa harapan untuk mereka!

HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 12, 2025
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 08, 2025
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 05, 2025
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 02, 2025
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 30, 2025