CAHAYA PELOPOR NUSANTARA

Dimulakan pada Dec 06, 2025

INFAK BERAS WARGA EMAS ROSAK PENGLIHATAN

RM370 / 7.40 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

18 Penyumbang

4 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Infaq beras untuk datuk nenek pejuang kehidupan. Bantu warga emas dhuafa yang uzur & lapar. Sumbangan anda mengangkat maruah mereka.


Mereka bukan sekadar nama dalam senarai kemiskinan, mereka adalah datuk dan nenek kita. Sejak usia muda, mereka sudah membanting tulang mencari rezeki halal, mengerah keringat sebagai buruh, demi memastikan anak dan isteri/ keluarga terbela.



Sifat bertanggungjawab mereka tidak pernah luntur. Kini, di usia senja, apabila badan sudah uzur, tulang kian membongkok, mata rabun dan pendengaran mula merosot, mereka masih tidak mahu menyerah. Demi maruah dan demi kelangsungan hidup, mereka tetap gagahkan diri bekerja dengan sisa kudrat yang ada.


Mereka menolak menjadi beban sesiapa, sebaliknya terus berjuang untuk hanya sepiring nasi yang amat bermakna. Mereka memerlukan kita, kerana Allah amat menyukai sedekah makanan. Nabi Muhammad SAW bersabda:


"Makanan yang paling dicintai Allah ialah makanan yang disantap bersama oleh beberapa tangan." (Riwayat Ibnu Majah)


Berikanlah mereka makan, kerana ia adalah pahala yang besar.



Di sebalik kepayahan mencari rezeki dan tubuh yang dimamah usia, keimanan mereka kekal utuh. Lihatlah perjuangan rohani mereka. Walaupun lutut sudah goyah dan pandangan kabur, mereka tidak pernah alpa. Mereka terus berjuang untuk menunaikan solat lima waktu, malah berusaha keras untuk tetap solat berjemaah di masjid atau surau terdekat. Inilah keindahan hidup yang tidak pernah melupakan ibadah, meskipun segala serba kekurangan menguji.


Menginfaqkan rezeki kepada warga emas dhuafa sebegini adalah pelaburan akhirat yang luar biasa. Infaq beras anda bukan sekadar mengenyangkan perut, tetapi memberi mereka ketenangan untuk terus beribadah tanpa perlu gusar akan sumber makanan esok hari. Sokongan anda memastikan martabat dan kehormatan mereka terpelihara di hari tua, dan itu menjanjikan ganjaran berlipat ganda di sisi-Nya.



Jangan biarkan mereka terus berjuang sendirian. Kempen ini adalah peluang anda merebut pahala sedekah terbaik. Setiap butir beras yang anda infaqkan adalah saksi kebaikan anda di hadapan Allah SWT. Rebutlah peluang beramal sekarang, sebelum terlambat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 12, 2025

AINI ANUAR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 12, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 10, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 09, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 09, 2025