ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Mar 11, 2025

SEDEKAH BAKUL MAKANAN RAMADAN UNTUK KASHMIR

RM817 / 8.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

37 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini untuk membantu dengan bakul makanan Ramadan bagi umat Islam Kashmir iaitu ibu tunggal dengan anak-anak yatim, miskin tegar yang memerlukan perhatian umat Islam lain supaya mereka terbela.


Ramadan adalah bulan penuh keberkatan dan rahmat. Namun, bagi ibu tunggal yang kurang berkemampuan, yatim piatu, dan keluarga miskin di Kashmir, musim sejuk yang masih melanda menjadikan kehidupan mereka lebih mencabar.




Mereka tidak hanya berdepan dengan kesukaran hidup, tetapi juga dengan cuaca yang amat dingin di bulan Ramadan ini. Selagi dijajah oleh Kerajaan India, nasib orang Islam di Kashmir juga terus terpinggir tanpa mendapat keadilan.



Bagi meringankan beban mereka, kami mengajak anda untuk bersama-sama menyumbang dalam kempen "Bantuan Bakul Makanan Ramadan".



Sumbangan anda akan membantu menyediakan makanan yang diperlukan oleh golongan ibu tunggal, anak yatim, dan keluarga miskin, untuk memastikan mereka dapat menikmati sahur dan berbuka puasa yang mencukupi. Setiap sumbangan, tidak kira kecil atau besar, akan memberi impak besar kepada mereka yang memerlukan.



Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat Ramadan dengan membantu mereka yang kurang bernasib baik. Tahun lalu Iltizam Relief Society berjaya membantu 150 keluarga miskin di Kashmir. Besarlah harapan kami supaya anda menyokong usaha ini untuk meneruskan bantuan untuk umat Islam di Kashmir yang hidup teraniaya di tanah air sendiri.


Kita umat Islam adalah satu jasad, jika ada iman kita akan rasa sakit mereka itu sebagai sakit kita. Ayuh, menyumbang seikhlas hati. Moga Allah SWT memberkati amal kebajikan kita.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 13, 2025

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 13, 2025

Kempen Sumbangan Tamat