ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Apr 17, 2025

SEDEKAH SUBUH BANTU KEHIDUPAN WARGA EMAS MISKIN

RM440 / 8.80 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

21 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom bantu kehidupan warga emas, orang tua kita, bersama ASAR Humanity.


Bayangkan seorang ayah tua, berjalan perlahan menyusuri lorong kampung dengan tongkat di tangan, menahan sakit di lutut, namun tetap keluar mencari rezeki. Atau seorang nenek tua yang duduk sendirian di serambi rumah usang, menanti seseorang yang tak kunjung datang. Inilah realiti yang dihadapi oleh ramai warga emas kita hari ini.


Sebahagian besar daripada mereka hidup sebatang kara, tanpa anak atau keluarga yang dapat dijadikan tempat bergantung. Ada yang ditinggalkan, ada yang kehilangan pasangan hidup, dan ramai juga yang terpaksa bekerja walaupun fizikal tidak lagi mengizinkan, hanya kerana mereka tidak punya pilihan.



ASAR Humanity tampil dengan inisiatif 'Kempen Prihatin Warga Emas', sebagai usaha menyantuni golongan tua yang terabai dan hidup dalam serba kekurangan. Melalui kempen ini, kami ingin menyampaikan sumbangan yang dapat meringankan beban kehidupan mereka, serta menghidupkan kembali rasa kasih dalam masyarakat terhadap golongan ini.



Kami percaya bahawa mereka ini adalah ibu dan ayah kita juga – walau bukan dari rahim yang sama, tetapi dari umat yang sama. Mereka berhak dihormati, disantuni, dan disayangi. Menjaga mereka bukan sekadar tindakan ihsan, tetapi juga satu kewajiban sosial dan tanggungjawab agama.


“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah mendidikku waktu kecil.”

(Surah Al-Isra’, ayat 24)



Melalui sumbangan dari tuan dan puan, kita bukan sekadar memberi barang, tetapi menghidupkan kembali maruah, kebahagiaan dan harapan dalam diri mereka. Setiap sen yang dikongsi akan menjadi amal jariah yang tidak putus pahalanya.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

  • Jun 10, 2025


Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

THAREEQ HAKEEM BIN SHAJDEE

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 25, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 25, 2025

BIBI SABJAN BINTI MOHD KHAN

Menyumbang sebanyak RM100.00

Apr 25, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 25, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 25, 2025

Kempen Sumbangan Tamat