Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Dec 13, 2024
RM115 / 3.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
8 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Kebersihan merupakan ciri peribadi bagi seorang yang beriman. Dalam ajaran Islam, kita dituntut untuk menjaga kebersihan badan, pakaian, dan tempat untuk kita menunaikan ibadah. Apabila terdapat kotoran najis pada badan, pakaian, atau tempat solat misalnya, maka solat yang dikerjakan adalah tidak sah. Justeru itu, kita dapat lihat bahawa Islam merupakan agama yang mementingkan kebersihan, malah terdapat sabda Nabi ﷺ yang bermaksud:
“Kebersihan itu sebahagian daripada iman." (Riwayat Muslim)
Pihak maahad cuba menerapkan amalan penjagaan kebersihan ini dalam kalangan para pelajar dengan memastikan pakaian yang dipakaia seperti jubah putih, kopiah dan serban dalam keadaan suci dan bersih. Alhamdulilah, berkat sumbangan orang ramai, mesin basuh dapat dibeli, seterusnya memudahkan kerja-kerja pembasuhan pakaian.
Walau bagaimanapun, kadang kala, pihak maahad berdepan cabaran untuk menampung kos pembelian sabun basuh pakaian anak-anak tahfiz di sini.
Sehubungan itu, pihak maahad melancarkan kempen infaq sabun cuci pakaian buat para pelajar di sini yang terdiri daripada anak yatim dan asnaf. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan berbentuk kewangan bagi membeli sabun pakaian untuk mereka yang mana sedikit sebanyak mampu mengurangkan kos perbelanjaan pihak maahad tahfiz dalam menyediakan kemudahan dan melestarikan amalan kebersihan dalam kalangan anak-anak tahfiz di sini.
Ayuh kita berinfaq sabun basuh ini bermula serendah RM10 kepada anak-anak asnaf dan yatim di sini. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan dan kemurahan hati anda semua dengan ganjaran yang berlipat ganda, serta memberkati anda dalam segala urusan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 13, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 13, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 13, 2024