ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Feb 20, 2025

SEDEKAH BENIH IKAN JAMIN MAKANAN BERKEKALAN ANAK YATIM DAN PELAJAR TAHFIZ

RM825 / 16.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

41 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

JAMIN KEPERLUAN MAKANAN BERKEKALAN UNTUK ANAK YATIM & PELAJAR MAAHAD BERSAMA ASAR HUMANITY. JOM SEDEKAH BENIH IKAN BAGI MENDAPATKAN SUMBER MAKANAN BERKHASIAT.


Ramadan semakin hampir, dan inilah saat terbaik untuk kita menanam kebaikan yang pahalanya terus mengalir. ASAR Humanity mengajak tuan dan puan untuk menyertai Kempen Sedekah Benih Ikan, sebuah usaha berpanjangan untuk menjamin kelangsungan makanan bagi anak yatim dan pelajar maahad yang memerlukan.



"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain." (HR. Ahmad)



Banyak maahad tahfiz yang mengandalkan bantuan luar untuk memenuhi keperluan harian mereka. Namun, bantuan makanan sering kali bersifat sementara. Oleh itu, ASAR Humanity mengambil langkah proaktif dengan bukan sahaja menghantar bahan makanan asas, tetapi juga membekalkan benih ikan dan makanan ternakan untuk memastikan kelangsungan makanan jangka panjang di maahad yang memiliki kolam ikan.



Bagaimana Sedekah Benih Ikan Membantu?


1. Membantu anak yatim dan pelajar tahfiz mendapat sumber protein berterusan

2. Menggalakkan maahad berdikari dalam menyediakan makanan untuk para pelajarnya

3. Mengurangkan beban kos makanan dalam jangka masa panjang

4. Menjadi amal jariah yang pahalanya terus mengalir



Dengan adanya kolam ikan yang diusahakan sendiri, para pelajar dapat menikmati makanan berkhasiat tanpa perlu terlalu bergantung pada bantuan luar. Melalui kempen ini, ASAR Humanity akan menyalurkan benih ikan seperti ikan tilapia dan ikan lele, serta makanan ikan yang mencukupi agar hasil ternakan dapat dimanfaatkan dalam jangka panjang.


Setiap sumbangan yang diberikan bukan sahaja menjamin keperluan makanan mereka, tetapi juga menjadi sedekah jariah yang berterusan. Inilah peluang kita untuk berkongsi rezeki dan membina Ramadan yang lebih bermakna.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

  • Jul 03, 2025


  • Jun 10, 2025


Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 21, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Feb 21, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 21, 2025

NURSYAHIDAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 21, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 21, 2025

Kempen Sumbangan Tamat