ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Sep 14, 2023

SEDEKAH BERAS UNTUK YATIM TAHFIZ DHUAFA KESAYANGAN NABI

RM670 / 22.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

41 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Menyambut bulan Malidur Rasul tahun ini, mari semakin mendekat kepada Rasulullah dengan memberikan bantuan makanan kepada anak yatim. Jom sedekah sekarang!


InshaAllah sebentar lagi kita akan memasuki bulan Rabiul Awal, bulan Rasulullah dilahirkan. Memaknai Maulid Rasulullah SAW termasuk amalan salih yang mana hal itu adalah bentuk rasa cinta dan rasa syukur atas berkat Allah SAW mengutus Nabi SAW sebagai rahmat umat manusia serta seluruh alam semesta. Rasa cinta ini termasuk dari pada dasar keimanan. Hal ini tercantum dalam ayat suci Al-Quran surah At-Taubah ayat 128:


Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. (At-Taubah 9:128)



Sebagai orang yang beriman, sudah tentu kita ingin menjadi hamba yang dapat berkumpul di syurga kelak bersama Rasulullah. Ada satu cara yang insyaAllah boleh kita lakukan. Sebagaimana Sahl bin Sa'ad meriwayatkan bahawa, Rasulullah SAW bersabda:


"Aku dan penanggung anak yatim berada di dalam syurga seperti dua ini." Dan baginda menunjukkan dengan jari-jarinya, iaitu telunjuk dan jari tengahnya. (Jami` at-Tirmidzi 1918)



MashaAllah, cuba bayangkan betapa dekat kita dengan Rasulullah di syurga jika kita menyayangi anak yatim. Dalam momentum Maulidur Rasul ini, mari kita dekatkan diri kepada Nabi Muhammad SAW dengan mencurahkan kasih sayang kepada orang yang dicintai Nabi iaitu anak yatim. InshaAllah mulai dengan RM10 sumbangan dari anda akan diagihkan dalam bungkusan beras dan makanan asas kepada anak yatim.



Semoga Allah SWT melindungi anda dan keluarga. InshaAllah pahala dan rejeki akan berkali lipat berlimpah buat anda semua. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 22, 2023

MOHD YAKOP IKRAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 18, 2023

ABDUL MUTTALIB BIN MUHAMMAD NASIR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 16, 2023

Kempen Sumbangan Tamat