Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM415 / 13.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
22 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Kembali bercerita tentang sebuah maahad di Desa Pengadang, Lombok Tengah, Nusa Tenggara Barat, terdapat sebuah Maahad Safinatunnaja NW Repok Oak, tempat yang menjadi penerang masa depan kanak-kanak yang berasal dari keluarga miskin. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah menyaksikan pertumbuhan yang luar biasa dalam bilangan pelajar yang mendapatkan pendidikan berkualiti di sekolah ini, mencecah 356 pada tahun akademik ini. Namun, pertumbuhan ini membawa cabaran baharu yang perlu dihadapi.
Ramai pelajar di Maahad Safinatunnaja NW Repok Oak berasal daripada keluarga miskin. Namun begitu, pengasas maahad dan pentadbirnya mempunyai hati yang besar dan penuh belas kasihan. Mereka memahami bahawa pendidikan adalah hak setiap individu, walaupun mereka daripada keluarga yang sangat kurang berkemampuan. Justeru, maahad ini tidak mengenakan yuran pendidikan kepada mereka yang kurang bernasib baik, malah ada dalam kalangan pengasas dan pentadbir sanggup menjual barangan peribadi mereka bagi memenuhi keperluan makanan pelajar.
Setiap bulan, sekitar 2 tan beras berkualiti diperlukan untuk menyokong 356 pelajar kami. Namun, selalunya ketersediaan beras yang berkualiti dan makanan pelengkap adalah masalah yang mendesak. Akhirnya, baik pengasas, pentadbir, dan pelajar maahad ini hanya boleh makan apa yang ada, walaupun tidak mencukupi.
Asar Humanity menjemput semua saudara dan saudari yang prihatin untuk menyumbang dengan menyumbang beras dan makanan berkhasiat lain untuk membekalkan makanan kepada pelajar di Maahad Safinatunnaja NW Repok Oak. InshaAllah bermula dari RM10 sahaja anda boleh membantu membeli nasi dan makanan berkhasiat untuk pelajar kami. Maahad Safinatunnaja hanyalah satu contoh dari banyak maahad lain yang mengalami kesulitan yang sama, dan kami juga akan mengagihkan bantuan anda kepada maahad lain yang memerlukannya.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Tuan dan Puan, semoga Allah selalu lindungi anda dan keluarga serta merahmati anda dengan keberkahan dan keampunanNya.
Alhamdulillah ala kulli haal. Tim Ksatria Asar Humanity Lombok Tengah menyalurkan amanah dari Tuan dan Puan Pahlawan Kebaikan kepada Maahad Syafinatunnajah, Desa Pengadang, Lombok Tengah, Provinsi Nusa Tenggara Barat.
Palajar di maahad ini berjumlah 300 orang lebih. Adakah anda masih ingat kisah pengasas Maahad yang tidak pernah meminta bayaran sehingga sentiasa memastikan pelajar-pelajar yatim di Maahad masih boleh makan? Kempen sebelum ini yang kami sertakan ialah mereka sering makan sayur kosong dan tawar.
"Kami sering makan nasi tanpa lauk yang cukup. Biasanya kami hanya ada sayur jernih sahaja supaya nasi tidak terasa hambar. Nasi pun kena extra jimat supaya pelajar boleh makan tiga kali sehari," kata Ustaz Hizbullah, salah seorang pentadbir Maahad.
Barakallahu fiikum Tuan dan Puan! Dengan keredhaan Allah SWT dan sokonangan anda, saat ini pelajar maahad dan pengasas maahad sangat terbantu dengan hantaran beras ini.
Tuan Guru Ahmad Khotib selaku pimpinan pesantren menyampaikan, "Kami sangat kekurangan beras selama ini, alhamdulillah bantuan ini sangat membantu kami untuk menyediakan makanan harian. Kami ucapkan banyak banyak terima kasih. Jazakumullah khairan”.
Hanya Allah SWT yang dapat membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisiNya. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
SITI SARAH ABU BAKAR
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 07, 2023
ROZIFA ABDUL GHAFAR
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 06, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 06, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Nov 06, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 05, 2023