ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Dec 20, 2022

SEDEKAH BERAS UNTUK PELAJAR TAHFIZ YATIM FASA 2

RM455 / 9.10 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

30 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Pisang rebus dan kelapa tua sudah menjadi makanan ruji pelajar mualaf Mentawai kerana kekurangan makanan. Jom sediakan beras dan pakej makanan lain untuk mereka!


Keperluan makanan merupakan antara perkara asas yang mesti dipenuhi selain keperluan papan dan pakaian. Kerana dengan makanan yang cukup dan berkhasiat, seseorang itu boleh memperoleh tenaga yang boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti hariannya. Lebih-lebih lagi bagi pelajar yang sedang menghafaz atau belajar Al-Quran.




Namun, ini kadangkala menjadi penghalang kepada segelintir maahad yang tidak dapat menyediakan makanan yang mencukupi kerana kekurangan dana untuk memenuhi keperluan tersebut. Seperti Maahad Mualaf Mentawai di Sumatera Barat, di mana pelajar di maahad itu kembali menjamu makanan pisang rebus selepas beras yang diagihkan sebelumnya sudah habis. Yang mana kini pelajar di maahad tersebut hanya boleh makan pisang rebus dan kelapa tua.



Hal ini kerana harga beras terlalu tinggi sehingga mereka tidak mampu membelinya. Bukan sahaja untuk merasai keenakan nasi, untuk keperluan harian sahaja pelajar perlu bekerja sambilan sebagai pemotong rumput atau pemungut kayu. Di mana mereka menggunakan wang hasil titik peluh mereka untuk keperluan sekolah dan makanan harian mereka. Kerana rata-rata pelajar yang tinggal di sini berasal daripada keluarga miskin, jadi untuk keperluan harian mereka hanya datang dari maahad dan kerja keras mereka.


Melalui kempen ini, Asar Humanity ingin mengajak tuan dan puan untuk bersama pelajar di Maahad Mualaf Mentawai dan pelajar di maahad tahfiz lain yang masih menghadapi kesukaran untuk memenuhi keperluan makanan mereka. InshaAllah dengan sumbangan yang tuan dan puan berikan dapat memberikan motivasi kepada mereka untuk terus menghafaz atau mendalami Al-Quran dan ilmu agama.



InshaAllah sedekah yang terkumpul akan disalurkan kepada pelajar mualaf Mentawai dan maahad tahfiz lain di Indonesia dalam bentuk pakej beras dan pakej makanan lainnya. Semoga kebaikan kalian Allah SWT ganti dengan ganjaran yang sebaik-baiknya. Amin.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 25, 2022

NUR'ADILAH BINTI MOHD ZA'IM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 25, 2022

Kempen Sumbangan Tamat