Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM675 / 22.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
19 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Di sekeliling kita, terdapat ramai kanak-kanak yang berasal daripada keluarga miskin dan tidak berkemampuan. Mereka menghadapi cabaran besar dalam mendapatkan pendidikan yang baik. Di maahad dhuafa, kami percaya setiap kanak-kanak berhak mendapat pendidikan berkualiti, tanpa mengira latar belakang sosial dan ekonomi mereka. Namun, keadaan kewangan yang sukar menyebabkan ramai anak yatim di maahad sukar untuk memenuhi keperluan asas mereka termasuk makanan.
Seperti yang disebutkan dalam hadis Nabi Muhammad SAW, "Aku dan orang yang menjaga anak yatim akan bersama di syurga seperti ini," dan baginda menunjukkan jari telunjuk dan jari tengahnya, menunjukkan betapa pentingnya menjaga dan menyokong anak yatim. Dengan kata lain, memberi bantuan kepada anak yatim adalah salah satu cara kita mendekatkan diri kepada Allah SWT dan mendapat rahmat-Nya.
Asar Humanity menjemput anda semua untuk bersama-sama dalam misi kami memberikan bantuan beras kepada pelajar yatim piatu di maahad dhuafa. Kami percaya bahawa melalui pendidikan berkualiti, kami dapat membantu kanak-kanak ini mencapai impian mereka dan membina masa depan yang lebih cerah. Dengan menyediakan beras, kami akan membantu memenuhi keperluan asas mereka.
Semoga mereka boleh fokus untuk belajar dan mencapai potensi maksimum mereka. Mulai dengan RM10 anda dapat mewujudnya. Setiap sumbangan beras amat bermakna buat kami. Anda boleh menderma apa-apa jumlah beras yang anda mampu.
Semoga Allah memberikan keberkahan dan pahala yang melimpah kepada Tuan dan Puan serta keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Tuan dan Puan, semoga Allah selalu lindungi anda dan keluarga serta merahmati anda dengan keberkahan dan keampunanNya.
Alhamdulillah ala kulli haal. Tim Ksatria Asar Humanity Lombok Tengah menyalurkan amanah dari Tuan dan Puan Pahlawan Kebaikan kepada Maahad Syafinatunnajah, Desa Pengadang, Lombok Tengah, Provinsi Nusa Tenggara Barat.
Palajar di maahad ini berjumlah 300 orang lebih. Adakah anda masih ingat kisah pengasas Maahad yang tidak pernah meminta bayaran sehingga sentiasa memastikan pelajar-pelajar yatim di Maahad masih boleh makan? Kempen sebelum ini yang kami sertakan ialah mereka sering makan sayur kosong dan tawar.
"Kami sering makan nasi tanpa lauk yang cukup. Biasanya kami hanya ada sayur jernih sahaja supaya nasi tidak terasa hambar. Nasi pun kena extra jimat supaya pelajar boleh makan tiga kali sehari," kata Ustaz Hizbullah, salah seorang pentadbir Maahad.
Barakallahu fiikum Tuan dan Puan! Dengan keredhaan Allah SWT dan sokonangan anda, saat ini pelajar maahad dan pengasas maahad sangat terbantu dengan hantaran berasini.
Tuan Guru Ahmad Khotib selaku pimpinan pesantren menyampaikan, "Kami sangat kekurangan beras selama ini, alhamdulillah bantuan ini sangat membantu kami untuk menyediakan makanan harian. Kami ucapkan banyak banyak terima kasih. Jazakumullah khairan”.
Hanya Allah SWT yang dapat membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisiNya. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 10, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 07, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 06, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
Nov 05, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 05, 2023