Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM420 / 14.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
25 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum para penderma, semoga anda dan keluarga selalu dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kurang dari 2 minggu lagi kita akan menyambut bulan yang penuh berkah. Semoga Allah SWT cukupkan umur kita sehingga dapat banyak-banyak ibadah dan meraih rahmatNya.
Di bulan Ramadan nanti Asar Humanity ingin mengajak anda untuk menghantarkan beras kepada Maahad tahfiz yang kurang berkemampuan. Beras yang bersih dan segar menjadi suatu yang sangat mewah. Cerita dari Maahad Darul Khoirot dibina tahun 2019. Ada sekitar 90 orang anak yatim piatu yang belajar di maahd ini. Pengasas maahad membina maahad ini karena ingin menyelamatkan pendidikan anak yatim piatu dan anak dhuafa yang terhad kos bayaran dalam pendidikan. Maahad ini dikhaskan percuma, tiada bayaran. Anak-anak belajar dengan kondisi gedung sederhana. Pelajar harus bersabar ketika terjadi hujan yang disertai badai. Daun-daun pepohonan akan masuk dan air hujan akan membasahi ruang belajar, karena dinding tidak menutupi keseluruhan bangunan.
Kondisi mushola yang masih terbuka tiada dinding penutup yang juga sering basah, terpaksa tidak bisa digunakan jika terjadi hujan. Penggunaan asrama putra di bahagian atas untuk mushola karena keterbatasan dana. Pengasas yayasan mewakafkan rumahnya untuk asrama putri. Dengan kondisi yang sempit mengharuskan para pelajar untuk tidur dekat dari loteng. Jika panas para pelajar harus keluar dari asrama karena suhu kamar yang panas. Jika malam datang, terasa sangat dingin sekali.
ورجلٌ تصدَّق بصدقةٍ فأخفاها حتى لا تعلمَ شمالُه ما تنفقُ يمينُه
Yang bermaksud: “Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”
(Riwayat al-Bukhari)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum Tuan dan Puan,
Semoga khabar ini menjumpai anda dalam keadaan baik, sihat dan sejahtera.
Masih ingatkan anda Maahad Darul Khoirot? Alhamdulillah pasukan Asar Humanity berkesempatan mengunjungi lagi maahad ini, sekaligus menghantarkan bantuan beras dan air minum yang anda sumbangkan.
Maahad ini berlokasi di kabupaten Pasaman Barat yang pelajarnya berasal dari keluarga yang ekonominya tergolong ekonomi kelas bawah. Bangunan Maahad terbuat dari triplek yang sudah lapuk dan itupun tidak tertutup semua secara penuh. Sehingga kalau hujan dan disertai badai airnya akan masuk ke dalam kelas. Akses menuju ke maahad ditempuh menggunakan kereta sekitar 500 meter dari jalan lintas.
Hari itu kedatangan pasukan Asar disambut baik oleh pelajar dan guru maahad. Alhamdulillah, semua bahagia mendapatkan bantuan beras ini. Pelajar tahfiz ini biasanya bawa bekal dari rumah, dan dimasak secara bersama-sama di maahad. Saling berbagi dan melengkapi yang kekurangan makanan.
Dengan adanya bantuan beras ini mereka tidak perlu risau untuk kehabisan makanan. InshaAllah bantuan ini akan menjadi energi bagi pelajar menjalani kegiatan pengkajian agama. Barakallahu fiikum. Ucapan terima kasih untuk penyumbang, semoga menjadi ladang pahala dan rezeki berlipat ganda. Jazakumullah khairan.
Jom ambil kesempatan menghapus dosa dengan mohon ampunan kepada Allah dan bersedekah.
Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (At-Taubah 9:103)
Bersedekah melalui Asar Humanity >> Klik!
Merayu rahmat Allah SWT di 10 hari awal Ramadan dengan infaq dan sedekah.
Assalamu’alaikum Tuan dan Puan,
Hari ini Jumat terakhir di bulan Syaban. Jangan terlewat keberkahan Jumat dengan terabai.
Mari tingkatkan amal kebaikan, memberikan kebahagiaan untuk mereka yang kelaparan. Bersama Asar Humanity memaksimalkan amalan kebaikan di akhir bulan Syaban.
Bantu Makanan Asas Yatim Tahfiz
Semoga Allah SWT memberikan keberkahan dan perlindungan kepada anda dan keluarga. Jazakumullah khairan.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 14, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 14, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Mar 14, 2023
MANSOR
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 14, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Mar 14, 2023