ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Dec 16, 2024

SEDEKAH BERI MAKAN ANAK-ANAK YATIM DAN DHUAFA

RM375 / 12.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

22 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bantu Beri Makan Anak-Anak Yatim dan Dhuafa bersama ASAR Humanity


Sedekah Beri Makan Anak-Anak Yatim dan Dhuafa: Jadilah Cahaya di Tengah Kesulitan Mereka


Di Indonesia, angka kemiskinan masih menjadi cabaran besar. Data terkini menunjukkan bahawa hampir 26 juta penduduk Indonesia hidup di bawah garis kemiskinan, dan sebahagian besar dari mereka adalah keluarga dengan anak-anak kecil. Anak-anak yatim, kurang mampu, dan dhuafa seringkali hidup dalam kekurangan, tanpa kepastian tentang makanan untuk hari ini, apalagi esok. Ada kalanya mereka hanya makan seadanya, bahkan tidak mendapatkan gizi yang cukup untuk pertumbuhan mereka.



ASAR Humanity melalui Program Berbagi Makanan berkomitmen untuk membantu anak-anak ini. Program ini bertujuan menyediakan makanan yang layak bagi mereka, memastikan mereka tidak tidur dalam keadaan lapar dan dapat merasakan makanan yang lebih bergizi, seperti anak-anak pada umumnya. Selain membantu memenuhi keperluan asas mereka, kami juga ingin memberikan harapan dan kebahagiaan di tengah-tengah kesulitan yang mereka hadapi.



Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah beriman seseorang yang kenyang sedangkan tetangganya kelaparan di sampingnya.” (HR Bukhari).


Dengan menyumbang kepada program ini, anda bukan hanya memberikan makanan kepada yang memerlukan, tetapi juga menunaikan tanggungjawab sosial sebagai seorang Muslim.



Donasi yang anda berikan akan digunakan untuk menyediakan pek makanan berisi beras, lauk-pauk, dan bahan makanan lainnya, serta mendistribusikannya langsung kepada anak-anak yatim, keluarga kurang mampu, dan dhuafa yang memerlukan. Bersama-sama, kita dapat membantu lebih banyak jiwa dan memastikan tidak ada lagi anak-anak yang lapar di sekitar kita.



Jom, sisihkan rezeki anda hari ini dan jadilah sebahagian daripada perjuangan ini. Sedikit dari anda, besar maknanya bagi mereka. Semoga Allah membalas setiap kebaikan anda dengan pahala yang berlipat ganda.


#BerbagiMakanan

#PeduliYatimDhuafa

#ASARHumanity

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Dec 19, 2024

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 18, 2024

Kempen Sumbangan Tamat