ACT FOUNDATION

Dimulakan pada Mar 31, 2022

JOM SEDEKAH MAKANAN UNTUK BUKA PINTU RAHMAT RAMADHAN

RM4,410 / 55.13 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000

203 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom Kita Sedekah Makanan Untuk Buka Pintu Rahmat di Bulan Ramadhan


Rasulullah SAW bersabda: "Awal bulan Ramadhan adalah Rahmat, pertengahannya Maghfirah (pengampunan), dan akhirnya 'Itqun Minan Nar (pembebasan dari api neraka)."


Marhaban Ya Ramadhan. Marhaban Ya Ramadhan. Bulan mulia yang penuh barakah telah tiba. Perasaan gembira harus mengiringi kita kerana di bulan yang mulia ini kita berpeluang besar untuk mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah SWT.


Begitu istimewanya bulan Ramadhan, bahkan dalam sebuah hadis diibaratkan, tidur orang yang berpuasa adalah ibadah, diamnya adalah tasbih, dan doanya adalah doa yang diijabah.


Terdapat tiga fasa di mana Allah SWT membuka pintu keampunan bagi hamba-Nya. Sepuluh hari pertama dibukanya pintu rahmat. Sepuluh hari pertengahan adalah maghfirah (keampunan), dan sepuluh hari terakhir bebas dari api neraka.



Untuk menyempurnakan amalan dalam setiap fasa, selain ibadah, bersedekah juga boleh menjadi pilihan anda. Kerana sedekah makanan di Ramadhan mempunyai keutamaan besar seperti dapat menghapuskan dosa, dimungkinkan untuk memasuki salah satu pintu Syurga yang istimewa, lengkap iman dan mendapat makanan pada hari akhir.



Rasulullah pernah bersabda, “Siapa sahaja memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun” (HR Tirmidzi)



Jangan kehilangan momentum, inilah masanya untuk menyebarkan kebaikan. Ayuh, maksimalkan keberkatan Ramadhan tahun ini dengan menyumbangkan makanan ifthar dan sahur untuk golongan miskin di Indonesia.



Jazakumullah khayran. Insyaallah setiap sedekah makanan anda akan menjadi asab yang baik untuk anda dan keluarga tercinta. Kami amat mendoakan semoga kebahagiaan, kemudahan, perlindungan dan kelancaran rezeki sentiasa dikurniakan Allah SWT. Aamiin ya Rabbal Alamin.  

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 15, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 15, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 12, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 11, 2022

NAJWA BINTI NAZRI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 11, 2022

Kempen Sumbangan Tamat