ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Feb 20, 2025

TABUNG AMAL JARIAH DENGAN BERSEDEKAH UNTUK WARGA EMAS KELAPARAN

RM190 / 3.80 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

12 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom ringankan beban buruh petik bunga dan warga emas lainnya bersama ASAR Humanity!


Di kawasan pedalaman Kabupaten Bogor, Indonesia, masih ramai warga emas yang terpaksa bekerja keras demi mencari rezeki. Setiap pagi, seawal jam 5 pagi hingga 9 pagi, mereka turun ke ladang untuk memetik bunga senggani, sejenis bunga liar yang dijadikan lauk pauk oleh penduduk setempat.



Dari hasil memetik bunga ini, mereka hanya mampu mengumpulkan sekitar 2-3kg dan memperoleh pendapatan sekitar RM3 – RM9 sehari. Pendapatan yang kecil ini digunakan untuk menyara kehidupan seharian, meskipun sering kali tidak mencukupi. Pekerjaan ini telah mereka lakukan lebih dari 10 tahun, bukan kerana minat tetapi kerana keperluan hidup. Dalam usia yang semakin lanjut dan tenaga yang semakin berkurang, mereka masih perlu berusaha untuk mendapatkan sesuap nasi.



Di Indonesia, masih ramai warga emas yang terpaksa bekerja setiap hari untuk menyara kehidupan mereka. Usia tua seharusnya menjadi masa untuk berehat, tetapi realitinya mereka masih perlu bergelut demi kelangsungan hidup.



Melalui kempen ini, ASAR Humanity ingin mengajak tuan dan puan untuk berkongsi rezeki bagi meringankan beban mereka dan warga emas lain. Bantuan yang kita salurkan akan digunakan untuk:


1. Menyediakan pakej makanan asas bagi warga emas yang memerlukan

2. Menyumbangkan keperluan harian agar mereka tidak terbeban

3. Meringankan beban hidup mereka supaya tidak perlu bekerja terlalu berat



"Orang yang membantu keperluan saudaranya, Allah akan membantu keperluannya..." (HR. Muslim)


Jom, bersama kita ringankan beban warga emas ini. Sedekah kecil kita, harapan besar buat mereka!


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat