ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Apr 21, 2025

AGIHAN PEK DAGING LEMBU DAN KAMBING UNTUK GOLONGAN YANG SANGAT MEMERLUKAN

RM1,440 / 2.88 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

76 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Sedekah anda, harapan mereka. Jom berkongsi rezeki untuk sedekah daging untuk mereka yang memerlukan.


Aidiladha bukan hanya tentang menyembelih haiwan korban, tetapi juga tentang menyebarkan kasih sayang dan berkongsi rezeki kepada mereka yang paling memerlukan. Tahun ini, ASAR Humanity menyasarkan untuk mengagihkan lebih daripada 10,000 pek daging lembu dan kambing kepada keluarga yang hidup dalam kesempitan.



“Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan daripada kamu lah yang dapat mencapainya.” (Surah Al-Hajj, Ayat 37)



Ramai antara kita mungkin menganggap semua keluarga akan menikmati daging pada setiap Hari Raya. Namun realitinya, ada keluarga yang tidak pernah merasai daging dalam kehidupan harian mereka. Bahkan pada Hari Raya Aidiladha sekali pun. Melalui kempen ini, kami akan memfokuskan pengagihan kepada:


1. Pelajar pusat tahfiz yang datang dari keluarga asnaf dan yatim.

2. Warga emas yang hidup sendirian atau tidak mampu membeli makanan berzat.

3. Keluarga miskin tegar yang tinggal di kawasan pedalaman atau perkampungan daif.



Ramai di antara mereka yang jarang sekali menikmati daging dalam kehidupan harian, dan ada juga yang tidak pernah merasa daging pada Hari Raya sekalipun. Dengan hanya RM20, anda boleh membantu mereka menikmati hidangan istimewa Aidiladha. Apa yang penting lagi, merasakan kasih sayang daripada saudara seislam yang peduli.




Mari kita jadikan hari raya ini bukan sahaja tentang kita, tetapi juga tentang mereka yang selama ini menanti dan berharap. Semoga Allah menerima amal korban kita dan melimpahkan keberkatan dalam hidup kita dan keluarga.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 29, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 29, 2025

SITI SARAH ABU BAKAR

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 29, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 28, 2025

SITI SARAH ABU BAKAR

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 28, 2025

Kempen Sumbangan Tamat