Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,440 / 2.88 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
76 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Aidiladha bukan hanya tentang menyembelih haiwan korban, tetapi juga tentang menyebarkan kasih sayang dan berkongsi rezeki kepada mereka yang paling memerlukan. Tahun ini, ASAR Humanity menyasarkan untuk mengagihkan lebih daripada 10,000 pek daging lembu dan kambing kepada keluarga yang hidup dalam kesempitan.

“Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan daripada kamu lah yang dapat mencapainya.” (Surah Al-Hajj, Ayat 37)

Ramai antara kita mungkin menganggap semua keluarga akan menikmati daging pada setiap Hari Raya. Namun realitinya, ada keluarga yang tidak pernah merasai daging dalam kehidupan harian mereka. Bahkan pada Hari Raya Aidiladha sekali pun. Melalui kempen ini, kami akan memfokuskan pengagihan kepada:
1. Pelajar pusat tahfiz yang datang dari keluarga asnaf dan yatim.
2. Warga emas yang hidup sendirian atau tidak mampu membeli makanan berzat.
3. Keluarga miskin tegar yang tinggal di kawasan pedalaman atau perkampungan daif.

Ramai di antara mereka yang jarang sekali menikmati daging dalam kehidupan harian, dan ada juga yang tidak pernah merasa daging pada Hari Raya sekalipun. Dengan hanya RM20, anda boleh membantu mereka menikmati hidangan istimewa Aidiladha. Apa yang penting lagi, merasakan kasih sayang daripada saudara seislam yang peduli.


Mari kita jadikan hari raya ini bukan sahaja tentang kita, tetapi juga tentang mereka yang selama ini menanti dan berharap. Semoga Allah menerima amal korban kita dan melimpahkan keberkatan dalam hidup kita dan keluarga.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamualaikum Penyebar Kebaikan!

Mari kita gandakan pahala dan kebahagiaan di 10 hari terakhir Zulhijjah ini. Waktu terbaik untuk menyebarkan rezeki dan kasih sayang kepada saudara-saudara kita yang memerlukan di Indonesia dan Palestin.

Qurban bukan hanya ibadah, tapi lambang kasih sayang dan kepedulian.
“Tidak akan berkurang harta kerana sedekah, melainkan Allah akan menambah keberkatannya.” (HR. Muslim)

Mari bersama ASAR Humanity menyebarkan keberkatan dan senyuman.
Klik link untuk berqurban: https://sumbangan.com/sedekahdagingfasa1
Salam hangat,
ASAR Humanity
#BuatBaik
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 22, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 22, 2025
SITI KHAMISAH BINTI MD HASSAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 22, 2025
MOHD FUAD BIN ABDUL HAZIZ
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 22, 2025
MISBA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 22, 2025