Perkim Bandar Tasik Puteri

Dimulakan pada Apr 19, 2025

RAYUAN CERIAKAN ANAK YATIM DENGAN SEDEKAH DAGING

RM670 / 6.70 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

29 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh sedekah daging serendah RM10. Dana terkumpul akan kami beli kambing atau lembu, diletakkan nama anak yatim dan asnaf lalu dikorbankan supaya mereka merasai kemeriahan dan keberkatan Raya Korban.


Ini tahun ke-4 kami mengadakan program korban dengan menyembelih beberapa ekor kambing atau lembu korban yang disaksikan oleh anak-anak yatim dan mualaf serta asnaf miskin.




Sebahagian daging korban ini kami masak dan sajikan dengan penuh kasih sayang kepada mereka dan sebahagian lagi daging mentah diberikan kepada mualaf dan asnaf.



Melalui program kecil ini, anak-anak yatim dan muallaf dapat merasai kemeriahan dan keberkatan Hari Raya Aidiladha. Walaupun anak-anak yatim ini tiada ibubapa atau tiada bapa, namun kita semua ada untuk mereka, memberi sedikit kegembiraan di hari yang mulia ini.



Dalam kalangan mualaf pula, khususnya yang baharu memeluk Islam, ibadah korban adalah sesuatu pengalaman yang luar biasa bagi mereka. Mereka juga belajar cara sembelihan halal ketika program ini.



Sumbangan anda amat diperlukan untuk membeli kambing atau lembu, sasaran kami adalah 10 ekor kambing atau 2 ekor lembu, yang akan disembelih pada Hari Raya Korban nanti.



Oleh kerana ini adalah kempen sedekah daging, anda boleh sedekah seikhlas hati. Apabila cukup untuk seekor kambing atau seekor lembu, kami letak nama anak yatim dan mualaf sebagai peserta korban. Ini diharuskan, rujuk pautan dari Jabatan Mufti Negeri Selangor. Mari bersama-sama kita ceriakan hati mereka dengan sedikit kasih sayang dan kebahagiaan. Sumbangan anda membawa makna besar dalam hidup mereka. Terima kasih di atas keprihatinan anda.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 28, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 25, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 25, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 25, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 25, 2025

Kempen Sumbangan Tamat