Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM955 / 4.78 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000
44 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Kongsi nikmat Aidil Adha bersama mereka yang kelaparan
Sejak sekatan total dilaksanakan, Gaza terus dirundung kelaparan. Setiap hari, ibubapa menangis kerana tidak mampu memberi makan kepada anak-anak.
Anak-anak pula terus melawan malnutrisi, tanpa tahu bila makanan akan sampai lagi.

Kini, Aidil Adha semakin hampir. Hari raya yang sepatutnya penuh dengan kegembiraan, tetapi di Gaza, mereka hanya berharap ada sesuap daging untuk dikongsi.
Melalui kempen ini, kita akan menghantar daging qurban dalam bentuk tin untuk memastikan ia sampai kepada mereka dengan selamat dan tahan lama.

Kami akan mengagihkan daging tin ini kepada keluarga yang sangat memerlukan, terutama anak-anak kecil yang sudah terlalu lama tidak merasa makanan berzat.
Inilah cara anda boleh berkongsi rezeki:
1. Daging qurban akan dimasak dan diproses menjadi daging dalam tin.
2. Makanan ini akan dihantar ke wilayah Gaza melalui rakan kemanusiaan.
3. Setiap tin akan sampai ke tangan keluarga dan anak-anak yang kelaparan.

Insya-Allah, dengan daging ini mereka dapat merasai sedikit kegembiraan dan menikmati Aidil Adha dengan lebih bermakna.
Sabda Nabi SAW:
“Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri.”
Mari kita hidupkan semangat Aidil Adha dengan memberi harapan dan senyuman kepada mereka. Mari kongsi daging qurban anda, dan jadikan ia saham akhirat yang berpanjangan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami


Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
May 16, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 16, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 16, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 16, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 16, 2025