PERTUBUHAN KEMANUSIAAN TANPA SEMPADAN

Dimulakan pada May 27, 2024

SEDEKAH DAGING ANDA MEMBERI 1000 MAKNA QURBAN MEREKA

RM20 / 0.22 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM9,000

2 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen Sedekah Daging Qurban bagi tahun 1445H yang mana pihak Borderless Humanity akan melaksanakan agihan qurban di 10 buah negara.


HARTA TIDAK AKAN BERKURANG


Sedekah adalah amalan yang dituntut dalam Islam. Rasulullah SAW menjanjikan bahawa orang yang bersedekah tidak akan berkurang hartanya.


Hadith daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:


ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا

Maksudnya: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” (Riwayat Muslim)



Malah Rasulullah SAW mendidik Saidatina Aisyah bahawa harta yang kita sumbangkan akan kekal sebagai amalan. Perkara ini difahami melalui dialog Rasulullah SAW bersama isterinya itu.


Saidatina Aisyah menceritakan kepada Rasulullah SAW bahawa para sahabat telah menyembelih kambing untuk sumbangan. Lalu Rasulullah SAW bertanya kepada Aisyah:


مَا بَقِيَ مِنها؟ قالت: مَا بَقِيَ مِنها إِلَّا كَتِفُهَا، قَالَ: بَقِي كُلُّهَا غَيرَ كَتِفِهَا

Maksudnya: “Apakah masih berbaki kambing tadi wahai Aisyah? Aisyah menjawab: Tiada yang tinggal melainkan bahagian bahu sahaja. Lalu Rasulullah membetulkan kenyataan Aisyah: (bukan begitu Wahai Aisyah) kekal semuanya yang telah disumbangkan tadi (sebagai amalan) melainkan bahagian bahunya sahaja (yang tertinggal bukan sebagai amalan).“ (HR al-Tirmizi)




Daripada Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang mempunyai kelapangan (mampu) untuk berkorban tetapi dia tidak berkorban, maka janganlah dia datang mendekati tempat kami bersembahyang ini."



Borderless Humanity masih meneruskan Kempen Sedekah Daging Qurban pada tahun ini dengan sasaran 10 buah negara agihan inshaAllah antaranya Malaysia, Palestin, Uganda, South Sudan, Kenya, Tanzania, Nepal, Indonesia, Laos dan Thailand.






Jom bersama kami santuni mereka yang memerlukan pada Hari Raya Aidiladha nanti.


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 28, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 28, 2024

Kempen Sumbangan Tamat