Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM145 / 4.08 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,550
10 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Setelah merayakan Aidilfitri pada bulan April lalu, inshaAllah kurang lebih satu bulan lagi kita akan merayakan Aidiladha, di mana pada hari raya tersebut dan juga 3 hari tasyrik, Allah SWT memerintahkan umat Islam untuk melakukan satu ibadah yang mulia iaitu berkorban (udhiyah). Perintah ini tercantum dalam Al-Quran surah Al-Hajj ayat 34-35:
"Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadah menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaan-Nya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat."
"Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya."
Bagi beberapa orang yang belum sepenuhnya berkorban satu haiwan, Asar Humanity menjemput anda untuk bersedekah daging korban mulai dari RM10. Hal ini untuk melatih diri yang belum mampu secara keseluruhan untuk belajar melaksanakan ibadah anjuran ini. Hal ini agar kita berikhtiar untuk mampu mengeluarkan harta kita membuat korban sebagai bukti kita taat dan taqwa kepada Allah. InshaAllah semoga Allah mampukan kita.
Pada hari raya Aidiladha nanti, inshaAllah kita akan bersama merayakan dengan saudara-saudara kita di Gaza. Minggu lalu, selama 5 hari berterusan Zionis menyerang Gaza hingga 33 orang maut. Ratusan terluka dan kurang lebih 991 rumah hancur teruk. Penjajahan Zionis ini belum berakhir terhitung sudah 75 tahun lamanya, ditandai setiap tanggal 15 Mei yang disebut dengan hari Nakba atau malapetaka.
Hari raya nanti mari kita hadirkan kebahagiaan untuk saudara kita di sana. Kita hantarkan daging korban untuk mereka yang kekurangan. Semoga pada hari raya nanti, semua saudara kita dapat membuat makanan yang lazat dari daging korban yang kita sedekahkan. Ramadan lepas, sumbangan anda juga sudah dihantarkan kepada saudara-saudara di Gaza. Mari lanjutkan kebaikan ini di Hari Raya Aidiladha!
Untuk anda yang berkemampuan, anda dapat membelikan 1 haiwan biri-biri Palestin seharga RM1,775, atau 1 haiwan lembu seharga RM10,806. Semoga Allah limpahkan rahmat dan keberkahan kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, semoga khabar ini menjumpai Tuan dan Puan dalam keadaan yang baik dan sejahtera.
Jalur Gaza salah satu wilayah di Palestina yang sudah mengalami blokade selama lebih dari 16 tahun oleh Zionis Israel. Bombardir kian sering terjadi di wilayah Gaza dan beberapa area lainnya. Ratusan orang maut sejak awal tahun 2023. Kondisi ini tentu semakin menambah kesulitan hidup keluarga di sana yang sebelumnya pun sudah kekurangan. Mereka hidup dalam khemah pelarian dengan keadaan miskin dan bergantung pada bantuan. Tak sedikit dari mereka kesulitan memenuhi pangan sehari-hari untuk anak dan keluarganya.
Di momentum hari Aidiladha yang lepas, Alhamdulillah sumbangan daging Kurban kita hantarkan kepada mereka. Mereka dapat merayakan Aidiladha dengan makanan daging yang jarang mereka dapatkan. Terima kasih Tuan dan Puan, anda sudah memberikan kebahagiaan kepada saudara-saudara kita di Gaza. Semoga Allah SWT selalu melindungi anda dan memberikan ganjaran pahala berlipat kepada anda dan keluarga. Jazakumullah khairan.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
May 31, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 30, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
May 26, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 24, 2023
SITI ROHAIDAH MUSTAPA
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 24, 2023