MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada May 25, 2023

SEDEKAH DAGING KORBAN UNTUK PELAJAR MAAHAD MISKIN

RM50 / 0.71 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

5 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MULAI SERENDAH RM10, MARI BANTU HADIRKAN HAIWAN KORBAN KEPADA ANAK-ANAK TAHFIZ AGAR MEREKA MENDAPAT MEMORI TERINDAH DI AIDILADHA DENGAN MELIBATKAN DIRI DALAM AKTIVITI KORBAN.


Pihak maahad tahfiz mencari infaq sumbangan lembu korban dan daging korban untuk melatih sifat korban dan menjamu para pelajar anak yatim dan anak asnaf ini dengan daging korban. Hal ini supaya para penuntut merasai dan menghayati pengorbanan yang besar yang telah dilakukan Nabi Allah iaitu Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS kerana menjunjung perintah Allah SWT. Aktiviti ibadah korban ini perlu diterapkan kepada para pelajar tahfiz bagi melahirkan anak-anak tahfiz yang berkebolehan dan tidak hanya sekadar mahir membaca Al-Quran sahaja.



Oleh kerana pengorbanan yang besar dan keikhlasannya serta puteranya kerana menjunjung perintah Allah SWT, maka Allah SWT telah mensyariatkan ibadah korban kepada umat Nabi Muhammad SAW sehingga kiamat. Bagi memeriahkan hari kebesaran dalam Islam iaitu Aidiladha, pihak maahad ingin mendidik para pelajar melibatkan diri dengan aktiviti korban seperti teknik yang betul dari segi sembelihan hingga hal pengurusan daging.



Sesungguhnya ibadah korban juga merupakan kaedah terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah sebagaimana ibadah solat. Ibadah korban juga dapat menjadi salah satu ukuran takwa seorang hamba kepada yang Maha Esa.


"Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang yang bertakwa." Dalam ayat lain selanjutnya Allah berfirman yang bermaksud; "Daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya."

(Surah Al-Hajj: 37)



Sehubungan itu, pihak maahad membuka kempen infaq RM10 bagi mencari dana untuk membeli lembu korban bagi melaksanakan ibadah korban bersama anak-anak syurga ini. Justeru, pihak maahad berharap muslimin dan muslimat dapat membantu anak-anak syurga ini melaksanakan ibadah korban dengan berinfaq ke tabung sumbangan lembu korban. Hal ini bagi menunaikan hasrat pihak maahad melaksanakan ibadah korban pada tahun ini. Semoga dengan sumbangan para dermawan sekalian dapat memberi pengalaman dan kenangan terindah untuk aktiviti ibadah korban di Hari Raya Aidiladha buat para pelajar tahfiz kami di sini. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 02, 2023

AZITA BINTI AWANG

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 02, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 31, 2023

Kempen Sumbangan Tamat