Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM275 / 6.88 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,000
18 Penyumbang
Kempen Berakhir!
“Tuntutlah ilmu walaupun pergi ke negeri China, sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah kewajipan atas setiap muslim.” (Imam Al Baihaqi dalam Shu’abul Iman, No. 1612)
Dalam hadis ini, Rasulullah SAW berpesan agar kita menuntut ilmu hingga ke negeri China, ini juga bermakna bahawa Rasulullah SAW berpesan agar kita meninggalkan kampung halaman atau merantau.
Inilah salah satu hal yang menyebabkan pelajar sanggup meninggalkan kampung halaman dan pergi jauh untuk belajar. Seperti pelajar yang berada di Maahad Al Mursal, di mana maahad ini terletak di pinggir Cianjur Jawa Barat, Indonesia. Namun malangnya, keadaan maahad ini sungguh menyedihkan lebih lagi jalan masuk yang sempit dan rumit untuk mengunjungi maahad ini.
Bangunan di Maahad juga sudah hampir roboh dan bumbungnya juga sudah mula berlubang. Maahad ini juga kurang mendapat perhatian orang sekitar kerana lokasinya yang jauh dan sukar untuk dicapai. Oleh karenanya, melalui program Sedekah Daging Berkhasiat, marilah sama-sama kita menghulurkan hadiah makanan berkhasiat kepada pelajar yang hidupnya kurang mendapat perhatian masyarakat setempat seperti pelajar di Maahad Al Mursal Cianjur.
Dengan mengirimkan hadiah berupa daging, inshaAllah akan menjadi penguat bagi pelajar di Maahad Al Mursal dan juga maahad lain di serata Indonesia dalam menuntut ilmu. Supaya mereka tidak merasa keseorangan ketika tinggal di maahad kerana banyak orang yang menyayangi mereka.
Berapa sahaja sedekah yang anda berikan, inshaAllah akan diagihkan dalam bentuk pakej makanan berkhasiat yang berisi daging untuk pelajar tahfiz yatim di Indonesia yang sedang berjuang menuntut ilmu mengikut nasihat Rasulullah SAW.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Semoga tuan dan puan sekeluarga sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah SWT
Alhamdulillah, pada hari Isnin, 16 Januari 2023 team Asar Humanity telah menghantar amanat dari tuan-tuan dan puan-puan berupa pakej makanan berisi daging kepada kanak-kanak tahfiz yatim di Maahad Ar-Royan, kampung Parung Gede, Kampung Pasirtanjung, Daerah Tanjungsari, Bogor, Jawa Barat, Indonesia.
Dan alhamdulillah, seramai 25 orang kanak yatim menerima pakej makanan sebagai hadiah daripada tuan-tuan dan puan-puan. Selain itu, kewujudan pakej makanan berkhasiat ini dapat membekalkan tenaga dan nutrisi kepada tahfiz yang inshaAllah akan memberi impak positif kepada tubuh badan agar dapat menghafaz Al-Quran, belajar ilmu agama dan am dengan lancar.
Sebaliknya, semoga kebaikan tuan-tuan dan puan-puan Allah SWT akan gantikan dengan ganjaran yang sebaik-baiknya, dan semoga tuan dan puan mendapat keistimewaan dalam membantu anak-anak yatim berikut (sumber: yatimmandiri.org):
1. Dijamin Masuk Syurga
2. Mendapat pertolongan daripada Allah SWT
3. Peluang Menjadi Sahabat Rasulullah di Syurga
4. Mendapat Ganjaran Berlipat
5. Mendapat Kebaikan yang Melimpah ruah
Untuk menyumbang ke kempen Asar Humanity lainnya, Tuan dan Puan dapat mengunjungi link di bawah ini:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Jazakumullahu khairan, wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
MARLINA EFFENDY AISY SALIYAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 24, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 23, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM35.00
Oct 23, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Oct 22, 2022
ROMY AZHAR BIN ABDUL RAHIM
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 22, 2022