YAYASAN IKHLAS

Dimulakan pada Jun 06, 2023

SEDEKAH DAGING SEMPENA KORBAN

RM580 / 1.93 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000

12 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Dengan sedekah daging sempena korban, anda dapat memberikan kegembiran buat keluarga yang kurang bernasib baik. Berikan kegembiraan buat mereka yang memerlukan.


Zulhijjah sangat memberi erti buat umat Islam. Korban sangat sinonim dengan pengorbanan. Apakah pengorbanan kita untuk dipersembahkan kepada Allah? Paling mudah, sedekah.


Adakah anda berhasrat untuk memberikan senyuman buat mereka yang memerlukan? Inilah peluang anda untuk melakukannya! Dengan sedekah daging sempena korban, anda dapat memberikan kegembiraan kepada keluarga yang kurang bernasib baik.



Mungkin kali ini kita belum mampu untuk merasai kenikmatan melaksanakan ibadah korban kerana kekurangan pendapatan. Tetapi, yakinlah dengan sedekah, Allah pasti akan memberi ganjaran pahala berlipat kali ganda hasil sedekah yang ikhlas diniatkan untuk memudahkan proses pelaksanaan ibadah korban.


"Dan apa sahaja yang kamu dermakan, nescaya Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi Rezeki" (Saba': 39)



Kalau tidak mampu melaksanakan korban, jangan tinggal sedekah di bulan korban! Dengan sedekah korban, anda dapat:


1. Membantu saudara mualaf di Perkampungan Orang Asli, Kuala Mu, Perak,

2. Memberi peluang manisnya memakan daging buat pelajar anak yatim dan asnaf di Semporna, Sabah

3. Saudara-saudara asnaf kita yang berada di pedalaman Semenanjung, Sabah dan Sarawak



Bagaimana rasanya jika anda dapat menyumbangkan daging korban kepada mereka yang benar-benar memerlukannya. Ayuh bersedekah daging sempena korban!


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM300.00

Jun 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 27, 2023

AZEZE BIN JOHARI

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jun 26, 2023

Kempen Sumbangan Tamat