Di Yaman, ribuan keluarga masih berjuang untuk mendapatkan makanan asas setiap hari. Bagi mereka, daging adalah sesuatu yang sangat jarang dinikmati; hanya pada waktu tertentu sahaja.
Hari ini, anda boleh menjadi sebab mereka tersenyum.
Melalui kempen Sedekah Daging, anda berpeluang berkongsi rezeki dengan keluarga yang sangat memerlukan termasuk ibu tunggal, anak yatim, dan mereka yang hidup sebagai pelarian dalaman (IDPs).

Apa Itu Sedekah Daging?
Sedekah daging adalah sumbangan dalam bentuk daging segar yang diagihkan kepada keluarga yang memerlukan, namun bukan untuk ibadah korban, tetapi sebagai bantuan makanan untuk mereka terus bertahan.
Konflik berpanjangan telah menyebabkan ramai keluarga kehilangan sumber pendapatan. Akses kepada makanan semakin terhad, dan ramai hanya bergantung kepada bantuan luar untuk terus hidup.

Butiran Kempen
Jenis Bantuan: Sedekah Daging
Lokasi: Yaman
Penerima: Keluarga miskin, ibu tunggal & IDPs
Agihan: 2 kg daging setiap keluarga
Sumbangan: RM 610 untuk seekor biri-biri atau derma seikhlas hati anda

Setiap sumbangan akan digunakan untuk:
1. Pembelian daging segar daripada pembekal tempatan
2. Proses penyediaan dan pemotongan daging
3. Pembungkusan (2kg setiap keluarga)
4. Pengagihan terus kepada keluarga sasaran di lapangan
Dengan Sedekah ini, anda mampu memberikan sumber protein penting kepada sebuah keluarga, mengurangkan beban harian mereka walaupun untuk sementara, dan membawa kegembiraan di saat mereka hampir putus harapan.

Sedekah daging korban adalah satu inisiatif untuk melengkapkan bahagian korban yang belum mencukupi, agar lebih ramai keluarga yang memerlukan dapat menerima daging.
Jom #BuatBaik!

Tiada perkembangan
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini