Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian kempen
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Dimulakan pada Jan 07, 2022
RM176,860 / 88.43 %
Telah Terkumpul Daripada Sasaran Sumbangan RM200,000
6518 penyumbang
121 Baki Hari
Kenapa Mekah? MashaAllah, Allah SWT izinkan kami melihat dengan mata hati sisi lain Kota Mekah, rupanya masih begitu ramai yang daif & hidup dalam kesusahan. Ayuh kita bantu saudara seagama kita!
Assalamualaikum wbt. para dermawan dan para penyumbang yang dikasihi, kami di PPIM terpanggil untuk menjalankan kempen bersedekah di Kota Suci ini.
Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya." (Hadis Riwayat Tabrani)
MashaAllah, Allah SWT izinkan kami melihat dengan mata hati sisi lain Kota Mekah, rupanya masih begitu ramai yang daif & hidup dalam kesusahan, kehidupan harian mereka tidak lah seperti yang kita gambarkan selama ini. Di pelusuk kota suci ini masih ramai yang memerlukan bantuan.
Lihatlah kegembiraan diwajah suci bersih mereka mendapat sumbangan makanan & minuman dari kita semua. Alhamdulilah.
Hasil dari sumbangan, antara sasaran kami adalah untuk memberi pek makanan & minuman yang siap masak, pembahagian daging mentah & pelbagai jenis sedekah yang dianjurkan disini kepada mereka yang memerlukan & kepada jemaah terutamanya pada hari isnin & jumaat.
Semoga dengan sedekah pemberian kita ini kita dapat sedikit sebanyak pahalanya dan semoga Allah SWT merahmati kita semua & memberi ganjaran yang lebih besar untuk ini.
“Sesungguhnya naungan orang beriman di hari kiamat adalah sedekahnya, HR Ahmad”
Anda merasakan kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT. Pada 17 Jun 2022 bersamaan hari Jumaat (17 Zulkaedah 1443H), pelaksanaan agihan daging-daging sembelihan di Kota Suci Mekah telah diagihkan oleh pihak PPIM bersama kerjasama sumbangan.com. Sumbangan ini adalah hasil dari ”Kempen Bersedekah di Kota Suci Mekah” yang telah disumbangankan oleh penyumbang-penyumbang di sumbangan.com.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada para penyumbang dermawan yang tidak putus dalam membantu saudara kita yang memerlukan bantuan. Sesungguhnya bersedekah itu dapat menghapuskan dosa-dosa kita seiring dengan janji Allah kepada hamba-Nya.
Semoga Allah merahmati dan memakbulkan doa-doa kalian. Jom menyumbang di sumbangan.com.
Jom #BuatBaik!
Alhamdulillah, bersyukur kita dengan keizinan Allah SWT, pada 10/6/2022 bersamaan hari Jumaat (10 Zulkaedah 1443 Hijrah), sebanyak 200 pek makanan sabil diagihkan kepada penduduk di sekitar Kota Mekah. Alhamdulillah “Kempen Bersedekah Di Kota Suci Mekah” masih lagi berjalan atas sumbangan para penyumbang yang dermawan.
Dilampirkan video dan gambar-gambar agihan pek makanan di sekitar Kota Mekah.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada para penyumbang dermawan yang membantu mereka yang memerlukan. Ayuh, marilah kita terus menyumbang dan membantu saudara kita di luar sana!
Jom #BuatBaik di sumbangan.com!
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, pada 3/6/2022 bersamaan hari Jumaat (4 Zulkaedah 1443 Hijrah), sebanyak 19 ekor kambing telah disembelih dan diagihkan hasil sumbangan para dermawan untuk “Kempen Bersedekah di Kota Suci Mekah”. Hasil agihan daging ini disumbangkan kepada penduduk sekitar Tanah Haram Mekah.
Terima kasih kepada para penyumbang dermawan yang seringkali memberi sumbangan kepada saudara kita di Mekah, moga Allah membalas jasa budi baik semua dermawan dan insya-Allah segala kebaikan yang kita lakukan, akan diberi ganjaran kelak.
Jom kita terus menyumbang di sumbangan.com.
Jom #BuatBaik!
Alhamdulillah, pada 26 Syawal 1443H bersamaan 27/5/2022 hari Jumaat, sebanyak 20 ekor kambing telah disembelih dan diagihkan di sekitar kota suci Mekah. Bersyukur kita kepada Allah SWT di atas pemberian sumbangan oleh para penyumbang dermawan yang membantu saudara kita yang memerlukan bantuan.
Sesungguhnya orang yang suka bersedekah tidak akan pernah miskin dan Allah SWT akan melipatgandakan pahala mereka yang sentiasa memikirkan nasib saudaranya yang lain tatkala mereka memerlukan bantuan.
Marilah kita sama-sama kita membantu mereka yang memerlukan. Jom kita terus menyumbang di sumbangan.com.
Jom #BuatBaik!
Alhamdulillah, bersyukur kita dengan keizinan Allah SWT, pada 20/5/2022 bersamaan hari Jumaat (19 Syawal 1443 Hijrah), sebanyak 20 ekor kambing telah disembelih dan diagihkan kepada penduduk di sekitar Kota Mekah. Alhamdulillah “Kempen Bersedekah Di Kota Suci Mekah” masih lagi berjalan atas sumbangan para penyumbang yang dermawan.
Dilampirkan video dan gambar-gambar agihan daging di sekitar Kota Mekah. Terima kasih yang tidak terhingga kepada para penyumbang dermawan yang tidak putus-putus dalam memberi sedekah dan membantu mereka yang memerlukan.
Semoga kita semua dirahmati dan dimakbulkan doa-doa oleh Allah SWT. Ayuh, marilah kita terus menyumbang dan membantu saudara kita di luar sana!
Jom #BuatBaik di sumbangan.com!
Jafizah Binti Jilis
Jumlah: 1
Nur Alieya Binti Abdul Jamal
Jumlah: 1
ASRUL AMIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 01, 2022
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jul 01, 2022
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 01, 2022
ZANARIAH AHAMAD
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 01, 2022
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM15.00
Jul 01, 2022