ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jan 27, 2023

BANTU HIDUPKAN PENCAHAYAAN LAMPU DI MAAHAD TAHFIZ DHUAFA

RM665 / 22.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

31 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom sama-sama kita menghidupkan pencahayaan lampu maahad tahfiz dhuafa agar pelajar boleh membaca dan menghafaz Al-Quran dengan tenang.


Assalamualaikum wbt, semoga tuan dan puan sekeluarga sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah SWT. Cahaya terang di rumah kita adalah salah satu nikmat yang boleh kita syukuri. Dengan cahaya yang menyinari, kita tidak mengalami kesukaran untuk menjalankan aktiviti harian apabila malam tiba. Dan kita patut bersyukur kerana dengan cahaya terang di rumah kita, kita boleh membaca Al-Quran tanpa risau akan kegelapan malam.



Namun tidak semua orang bernasib baik dalam hal membekalkan tenaga elektrik untuk menerangi kegelapan malam, salah satunya adalah Maahad Hidayatullah yang terletak di Candipuro, Lampung Selatan, Indonesia. Di mana terdapat seramai 150 orang pelajar yang belajar dan menetap di maahad ini. Selain itu, pelajar yang tinggal di Maahad Hidayatullah tidak dikenakan kos bulanan kerana keperluan harian pelajar ditanggung oleh maahad.



Pada penghujung tahun 2022, maahad ini diuji dengan banjir yang melanda, di mana mengakibatkan surau, bilik darjah, bilik guru, peralatan peribadi pelajar dan lain-lain terjejas banjir. Sehinggakan pihak maahad perlu membayar untuk membaiki kemudahan yang terjejas. Sementara itu, pemenuhan keperluan lain masih perlu diteruskan seperti keperluan makanan dan keperluan lampu (kos elektrik).



Oleh sebab itu, Asar Humanity ingin menjemput tuan-tuan dan puan-puan untuk sama-sama membantu keperluan Maahad Hidayatullah dalam bentuk bantuan elektrik agar pelajar-pelajar di maahad ini boleh belajar atau membaca dan menghafaz Al-Quran pada waktu malam. Sedekah yang terkumpul akan disalurkan kepada Maahad Hidayatullah dan maahad-maahad lain di Indonesia yang memerlukannya dalam bentuk bantuan elektrik. Teringan hadist dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda:


“Barangsiapa yang menghilangkan satu kesusahan dari seorang mukmin, niscaya Allah akan melapangkan satu kesusahan darinya pada hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan urusan orang lain, nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa menutupi aib seorang muslim, nescaya Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah sentiasa menolong hambaNya selama hambaNya suka menolong saudaranya." 

(HR Muslim, himpunan hadis Arba'in An Nawawi hadis 36)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 07, 2023

IMRAN MUSTAPHA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 05, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM200.00

Jan 31, 2023

Kempen Sumbangan Tamat