Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM700 / 14.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
39 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Anak-anak yatim, piatu, dan asnaf adalah tanggungjawab kita bersama. Mereka bukan sahaja memerlukan kasih sayang, tetapi juga sokongan untuk memastikan mereka tidak kelaparan. Salah satu tempat yang memerlukan perhatian kita adalah Rumah Anak Yatim Asal Adam Mula Jati, yang kini menampung 20 anak secara tetap dan membantu 15 anak lain yang tinggal bersama keluarga masing-masing.

“Barangsiapa memberi makan kepada orang yang lapar, maka Allah akan memberinya makanan dari buah-buahan syurga.” (HR. Tirmidzi)
Rumah ini sedang menghadapi cabaran besar, terutama kerana bangunan yang diduduki hanyalah pinjaman sementara. Dengan sumber kewangan yang terhad, pengurus rumah anak yatim berusaha sedaya upaya menyediakan makanan harian kepada anak-anak, tetapi keperluan yang semakin meningkat menjadikan keadaan mereka semakin sukar.

ASAR Humanity berikhtiar membantu meringankan beban ini dengan menyediakan paket makanan berkhasiat untuk anak-anak di rumah tersebut. Namun, untuk memastikan program ini dapat berjalan berterusan, kami memerlukan sokongan daripada tuan-tuan dan puan-puan yang dermawan.

Donasi yang terkumpul akan digunakan untuk menyediakan makanan bergizi dan bernutrisi untuk anak-anak, membantu memenuhi keperluan harian rumah anak yatim dan menyokong kesinambungan pengurusan dan kebajikan anak-anak yatim di rumah anak yatim Asal Adam Mula Jati dan anak-anak yatim lainnya.

Setiap suapan yang sampai ke mulut mereka adalah kebahagiaan yang tidak ternilai. Mari kita bersama-sama menebarkan kebaikan, memastikan tidak ada anak-anak yatim dan dhuafa yang lapar. Sedekah anda, sekecil mana pun, akan membawa keberkatan yang besar.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jan 08, 2025
FL RICH ENT
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 08, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 08, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
Jan 08, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 08, 2025