Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM840 / 16.80 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
36 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Alhamdulillah, melalui kempen Sedekah Harian RM10, ASAR Humanity terus berusaha menyediakan makanan sihat dan berkhasiat untuk anak-anak yatim dan anak-anak dari keluarga susah di seluruh Indonesia. Hari ini, kita melihat terlalu ramai anak-anak terbiasa makan makanan segera, bergaram tinggi dan mengandungi MSG berlebihan. Makanan berkhasiat seperti ayam, sayur, ikan dan susu semakin menjadi satu kemewahan, terutamanya bagi mereka yang hidup dalam kesempitan.

Melalui kempen ini, kami menyalurkan makanan percuma ke rumah anak yatim, pusat tahfiz, sekolah rendah dan pusat penjagaan yang memerlukan. Setiap hidangan yang kami sediakan mengandungi protein, serat dan nutrien penting agar mereka dapat membesar dengan sihat dan kuat, insyaAllah menjadi generasi yang cemerlang dunia dan akhirat.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menyalurkan sedekah harian serendah RM10, tetapi memberi kesan besar kepada hidup anak-anak ini. Bagi mereka, satu pinggan nasi dengan lauk berkhasiat adalah satu kegembiraan yang tidak ternilai. Mari kita terus amalkan sedekah harian ini.

Dengan hanya RM10 sehari, anda bukan sahaja memberi makan, tetapi juga harapan dan senyuman.
"Sesungguhnya sedekah itu memadam dosa sebagaimana air memadamkan api."
(HR. Tirmidzi)
Semoga Allah terus memberkati rezeki kita semua dan membuka lebih banyak peluang untuk berbuat kebaikan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Jun 27, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 27, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 27, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jun 27, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jun 27, 2025