MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Mar 30, 2023

SEDEKAH IFTAR RAMADHAN PELAJAR TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM MISKIN

RM4,185 / 83.70 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

152 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MENYEMPURNAKAN SEDEKAH DI BULAN RAMADAN DENGAN MEMBAHAGIAKAN PELAJAR TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM MISKIN. JOM BANTU KAMI!


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah Ayer Hitam Kedah dengan berbesar hati membuka peluang kepada semua muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah SWT untuk sama-sama membuat infaq dengan menaja 70 orang anak-anak kerana Allah SWT. Terdapat puluhan anak-anak yatim yang belajar di maahad kami dan juga anak-anak tahfiz daripada kalangan asnaf.


"Kasihilah anak yatim, usaplah mukanya, dan berilah makan dari makananmu, nescaya hatimu menjadi lunak dan keperluanmu akan terpenuhi.” (HR Abu Darda)



Menggabungkan ibadah puasa dan sedekah di bulan suci ini sangat banyak faedahnya apabila melaksanakannya. Junjungan kita, suri tauladan kita, Nabi Muhammad SAW, mencontohkan kepada kita untuk banyak bersedekah di bulan Ramadhan. Bahkan ada berbagai faedah jika seseorang bertambah semangat bersedekah ketika berpuasa di bulan penuh keberkatan ini.


Melaksanakan puasa dan sedekah bersama adalah sebab seseorang dimudahkan masuk syurga. Menggabungkan antara sedekah dan puasa adalah sebab kemudahan meraih ampunan dosa dan selamat dari siksa neraka. Lebih-lebih jika kedua amalan tersebut ditambah dengan amalan solat malam. Marilah manfaatkan momentum Ramadhan yang istimewa ini dengan sebaik-baiknya untuk meningkatkan kualiti ibadah dan kualiti sedekah kita.


Antara yang boleh penyumbang dermakan adalah dengan beberapa pakej tajaan untuk 21 hari dalam bulan Ramadhan kepada 70 orang pelajar tahfiz disini ialah:

1. Makan berbuka RM250
2. Makan sahur RM100
3. Moreh RM50
4. Pakej 1 hari RM400 untuk pelajar dan kakitangan

Sedekah walau hanya serendah RM10 yang kita berikan sudah dapat membantu kesulitan orang lain di bulan Ramadan ini seperti memberikan makanan berbuka pada orang yang berpuasa, memenuhi keperluan golongan anak yatim dan juga anak-anak asnaf. Mari berlumba-lumba dalam kebaikan dengan bersedekah di bulan Ramadan agar kita dapat sampai pada Hari Kemenangan dengan hasil yang maksimum. Jazakumullahu khairan jaza.


“Nabi Muhammad SAW adalah orang yang paling gemar bersedekah. Semangat beliau dalam bersedekah lebih membara lagi ketika bulan Ramadhan, tatkala itu Jibril menemui beliau. Jibril menemui beliau setiap malamnya di bulan Ramadhan. Jibril mengajarkan Al-Quran kala itu. Dan Rasul SAW adalah yang paling semangat dalam melakukan kebaikan bagai angin yang bertiup.”
(HR. Bukhari dan Muslim)

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 13, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Apr 13, 2023

IMRAN MUSTAPHA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 12, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 11, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 11, 2023

Kempen Sumbangan Tamat