ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jan 06, 2023

SEDEKAH IFTAR UNTUK JEMAAH MASJID AL AQSA

RM355 / 11.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

18 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kami menjemput anda bersedekah iftar lebih awal untuk orang yang berpuasa Ramadhan. Jom tebarkan kebaikan anda untuk menjadi tenaga perjuangan saudara Palestin.


Assalamualaikum Tuan/Puan, semoga anda dan keluarga selalu dalam keadaan sihat dan sejahtera. Menghitung hari demi hari, tidak terasa kurang lebih 2 bulan lagi, bulan Ramadan, iaitu bulan yang penuh kemuliaan itu akan tiba. Semoga Allah SWT cukupkan umur kita sehingga kita dapat beribadah maksimal dan meraih rahmatNya.



Asar Humanity menjemput Tuan/Puan untuk mencapai keutamaan sedekah. Salah satunya melalui sedekah iftar lebih awal untuk mempersiapkan bulan Ramadan. InshaAllah sedekah yang anda sumbangkan akan kami berikan kepada jemaah Masjid Al Aqsa, Palestin dalam bentuk pek makanan iftar. Sayangnya setakat ini, umat Muslim Palestin tak dapat selesa beribadah di sana. Selama lebih dari 16 tahun saudara kita di Palestin berjuang mempertahankan tanah kelahiran mereka juga sekaligus kiblat pertama umat Muslim. Mereka berjuang dari penjajahan Zionis yang tidak menghormati dan merusak Masjid Al Aqsa.



Setiap bulan Ramadan dimana semua umat Muslim ingin beribadah banyak-banyak dengan senang, warga di sekitar Masjid Al Aqsa mesti berjuang. Ketika mereka solat, Zionis melempari mereka dengan bom dan memukul jemaah yang ingin beribadah. InshaAllah sedekah iftar ini menjadi salah satu pahala untuk menjemput keredhaan dan keberkahan Allah SWT. Bayangkan iftar yang anda berikan menjadi tenaga dan semangat jemaah Al Aqsa dalam beribadah di bulan Ramadan dan juga bertahan untuk menjaga Al Aqsa. Semoga Allah lipatkan ganjaran pahala kepada yang berpuasa dan kepada anda yang bersedekah.





Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.(Al Israa:1)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

IMRAN MUSTAPHA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 13, 2023

IMRAN MUSTAPHA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 13, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 13, 2023

SITI KHAMISAH MD HASSAN

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 11, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 10, 2023

Kempen Sumbangan Tamat